Saturday, November 19, 2011

Bila aku akan mati???


Apa yang aku belajar pagi tadi masa kelas kerohanian benar2 telah menyentap hati aku... Kitorang belajar pasal kematian... Time intro untuk tajuk tu, Ustaz Syahril ceritakan perbezaan mati, bangkai, jenazah & mayat...

Apa yang menariknya ialah Ustaz Syahril cerita pasal saat2 kewafatan Nabi Muhammad s.a.w... Ni bukanlah first time aku dengar & aku pun sure korang pun mesti dah banyak kali dengar... Just kali ni je aku dapat nak share apa yang aku rasa...

Aku pun x tahu kenapa time ustaz cerita pasal kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, hati aku rasa sebak lain macam... Rasa tersentuh sangat... Mana x nya, seorang 'Habibullah' turut merasa kesakitan sakaratulmaut... Itu pun malaikat Izrail dah habis lembut time tarik roh Rasulullah s.a.w... Sampai malaikat Jibril pun x sanggup nak menatap wajah Rasulullah semasa roh baginda ditarik... Link cerita kewafatan Rasulullah s.a.w yang penuh -> http://tayibah.com/eIslam/Detik-detik_Terakhir.htm

Ustaz aku cakap kalau orang biasa yang berdosa macam kita ni, malaikat Izrail pakai sentap je roh kita... Aku x boleh nak bayangkan macam mana sakitnya... Kalau orang yang hidupnya bergelumang dengan dosa & x sempat nak bertaubat apatah lagi...

'"Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa ingat akan kematian..." Kenapa??? Supaya kita akan sentiasa mempersiapkan diri dengan bekalan2 yang cukup untuk menghadapi hari akhirat... Kita cuba tanya diri kita sendiri, "Dah cukup ke bekalan yang aku ada ni untuk menjamin aku masuk ke syurga???" Adakah kita yakin semua amalan2 wajib yang kita buat selama ni diterima Allah??? Kita cuba cermin diri kita & muhasabah diri...

Gambat Hiasan

Aku yakin semua orang kat dunia ni takut mati yakni orang kafir atau pun orang Islam... KITA SEMUA TAKUT MATI... Kenapa??? Sebab kat alam mati nanti kita akan keseorangan & tiada teman melainkan nikmat & azab yang telah Allah janjikan kepada hamba-Nya... Nikmat & azab bukan bermula kat syurga & neraka tapi ia akan bermula di alam kubur... Di alam kuburlah kita akan merasai bekalan yang kita ada selama kita kat dunia...



Kita semua nampak yang manusia2 akhir zaman ni lebih mementingkan duniawi daripada akhirat... X salah kalau kita nak cari harta atau nikmat dunia untuk kesenangan hidup kita kat dunia... Biarlah niat kita tu semata2 kerana Allah & bukan untuk menunjuk2 @ riak... Ingatlah, KEKAYAAN TAK DAPAT MENJAMIN KITA UNTUK MASUK KE SYURGA... Nikmat dunia tidak wujud melainkan hanya tipu daya semata2...

Syaitan & dajal akan mengumpan manusia dengan nikmat dunia untuk mengumpan manusia supaya mengakui bahawa 'mereka' adalah Tuhan... Jadi, jenis2 yang obses dengan harta & nikmat dunia senang2 je masuk perangkap 'mereka'... Nikmat dunia hanya melalaikan kita & apa saja yang kita buat di atas dunia ni ada batasnya, jadi kejarlah akhirat kerana ia kekal selamanya...

Apa yang perlu kita buat supaya kita dapat melayakkan diri kita untuk masuk ke syurga...
- Tunaikan Rukun Islam sebaik mungkin...
- Perbanyakkan amalan2 sunat & lakukan kebaikan...
- Mengikut segala perintah Allah & tidak lakukan maksiat...

# semua point2 yang aku nyatakan ni sebenarnya kata2 Ustaz Syahril tanpa
   diedit...
# semoga apa yang aku post ni boleh korang jadikan ingatan & secara x langsung
   mengingatkan diri aku sendiri supaya kita boleh muhasabah diri...


Gambar Hiasan