Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada
bersama kita ?
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah
sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan Qarin sebagai "kembar"
kepada manusia. Setiap manusia yang dilahirkan mempinyai Qarinnya sendiri.
Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma Qarin Rasulullah s.a.w. adalah
muslim, manakala yang lainnya adalah kafir.
Secara umumnya, kerja Qarin yang kafir ini
ialah mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was.
melalaikan solat, berat untuk membaca Al-Quran dll. Malah Qarin berusaha kuat
untuk menghalang dampingannya membuat ibadat dan kebaikan.
Bagi mengimbangi peranan Qarin ini, Allah telah
mengutuskan malaikat yang membisikkan hal-hal kebenaran & mengajak membuat
kebaikan. Oleh itu, terpulanglah kepada manusia membuat pilihan sama ada mahu
mengikut bisikan Qarin atau malaikat. Walau bagaimanapun, orang muslim mampu
untuk menguasai & mempengaruhi Qarinnya sehingga ia lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca "Bismillah"
sebelum melakukan sebarang pekerjaan, kerap berzikir, kerap membaca Al-Quran
& taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah
Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan
juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya
Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu
aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal
kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu
malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata:
"Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya:
"Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata:
"Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya
Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh
syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda:
"Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi:
"Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda:
"Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a.,
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam
a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku
sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi
Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu
ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang
mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus,
sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau
kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia
berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya
syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan
bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan
"kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan
ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur
jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka
kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan
berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan
manusia.
#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita
ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan
Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan
Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.
*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang
akan kita lakukan.
JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI
SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR...
[copy & paste]