Janji nak jumpa pukul 9.00, tapi dianya datang pukul 9.30... Apa memang jam depa ni masuk air ke apa?? Aku bukan nak menuduh, sebab dah banyak kali kenalah aku boleh nak cerita semua ni... Kalau setakat lambat sekali 2 tu aku bolehlah maafkan, tapi kalau dah tiap2 kali jumpa asyik dia je yang bikin lambat, siapa tak panas??
Punca semua ni jadi sebab "mentaliti" depa ni...
"Ala,buat apa datang kelas awal2, lecturer dahlah masuk lambat".
"Ala, buat apa pergi taklimat tu awal2, nanti mula lambat jugak."
"Ala, buat apa nak pergi discussion tu awal2, depa bukan datang awal pun."
Dialog2 ni memang dah selalu sangat aku dengar & kadang2 aku pun cakap benda yang sama...Pernah tak kita terfikir yang kelas, taklimat & discussion tu start lambat sebab menunggu kita2 yang lambat... Kalaulah semua orang nak datang lambat, siapa nak datang awal?? Mentakiti kita dah diset supaya kita jadi orang yang terakhir datang... Bangga sangat ke datang lewat??
Aku bukan nak bajet bagus, tapi seriously aku memang tak berapa suka dengan orang yang tak pandai nak tepati masa ni... Sejak dari zaman sekolah lagi, mak aku dah didik aku supaya bangun awal (especially hari sekolah - pengecualian untuk hari cuti sekolah) dan harus punctual... Mak aku memang anti dengan orang yang tak pandai nak tepati masa (sama macam aku)...
Even aku study kat Uni sekarang ni, aku akan pastikan yang aku akan bangun selewat2nya pukul 6.30pg (bagi aku 6.30 pg tu pun dah cukup lewat) time hari kuliah... Kenapa aku bangun awal?? Sebab aku tak nak tertinggal solat Subuh & aku tak suka kelam-kabut nak bersiap pergi kelas... Aku gak seboleh2nye cuba punctual sebab bagi aku benda tu tak susah pun nak buat... Malangnya, kredibiliti aku sebagai seorang yang punctual telah tercalar disebabkan orang2 sekeliling aku yang langsung tak pandai nak "tengok jam"...
Aku ingat kalau depa tengok aku selalu ontime, depa akan malu & belajar untuk tengok jam betul2... Malangnya, aku pulak terheret sekali dengan kelewatan yang disengajakan tu... Adalah beberapa kali aku "tarik muka" sebab depa lambat sangat, tapi depa buat tak tau je... Maaf memang ada tapi hati aku susah nak maafkan... Aku terasa sangat hipokrit...
Seriously, aku memang tak ada respect untuk manusia2 yang tak punctual ni... Sepandai mana pun @ seVVIP mana pun seseorang tu, kalau pengurusan masa "hancus", you all didn't get my respect, babe... Aku bukan tak pernah lambat, kadang2 tu terbabas2lah jugak, tapi semua tu tak disengajakan...
So, kawan2 Melayuku, tolonglah berubah demi diri korang... Masa tu takkan tunggu kita... Even korang lambat seminit pun, banyak benda penting yang korang terlepas... Allah pun dah warning kita dalam Surah Al-'Asr...
Sedikit peringatan - Kita tak buang masa kalau kita datang awal ke kelas (kelas start lambat), tapi kita sebenarnya buang masa kalau kita datang lambat sebab kita dah sia2kan masa yang ada... Sebelum aku berhenti, moh le kita tengok vlog pasal "Janji Melayu" ni...
Credit to : mrtheallshare