Friday, May 10, 2013

PRU-13 oh PRU-13...


Even PRU-13 dah berlalu 4 hari lepas, tapi bahangnya masih lagi terasa... Aku akui yang sebenarnya aku agak kecewa dengan keputusan PRU kali ni yang aku rasakan sangat tak logik... Aku tak nak sentuh bab-bab kemungkinan berlakunya fraud masa PRU hari tu... Aku kecewa sebab aku sangat berharap yang rakyat Malaysia ni boleh terima perubahan... But, still ada puak-puak yang susah nak terima perubahan & cuba pulak takut-takutkan orang lain dengan berdakyah yang perubahan tu perubahan yang tak elok...

Come onlah... Nampak tak berapa sempitnya pemikiran depa-depa ni... Sedangkan US tu pun boleh berubah dengan menerima presiden daripada orang kulit hitam, kita (Malaysia) pun boleh UBAH pemerintah... Bukan satu dosa pun... Sat lagi ada suara-suara ajaib yang cakap tu US, mana sama dengan Malaysia... Haish, bukan Malaysia memang suka copy & paste orang luar espacially barat, ke??? Barat buat tu, kita ikut... Barat buat ni, kita ikut... So, apa masalahnya sekarang ni???

Aku sebagai seorang anak muda yang dahagakan PERUBAHAN, teringin nak tengok Malaysia ni bertukar tampuk pemerintahan... Bukan aku menolak BN, tapi aku rasa Malaysia memang perlukan angin perubahan sebab ada sesetengah pemimpin yang pegang kuasa sekarang ni dah belot & khianat kepercayaan yang rakyat berikan... Aku bukan cakap kosong sebab MP tempat aku sendiri ada kes rasuah... Mana aku nak percaya pemimpin yang macam ini...

As a SELANGORIAN, aku rasa ok je PR perintah selama 5 tahun sebelum ni... Aku rasa lagi better daripada zaman pemerintahan BN dulu... Tak payah rasa sebab laporan auditor general dah buktikan yang negeri pimpinan PR is better than negeri pimpinan BN... Dalam 5 tahun tu juagk, aku tak pernah dengar mana-mana pemimpin PR kantoi kes rasuah... So, pemimpin PR (Tan Sri Khalid Ibrahim espacially), you all deserve my respect and my vote... :)

Even, PR dah buktikan kemampuan depa memimpin (especially kat Selangor), but still ada lagi beberapa kawan-kawan aku yang masih pro-BN... Aku pun tak fahamlah depa ni... Adakah mata dan akal mereka ni masih terlindung sesuatu??? Susah sangat ke nak admit yang pimpinan PR memang bagus & telus dalam memimpin??? Fakta tu pun depa still nak nafikan...

Seriously, aku memang tak faham depa ni... Bagi harga barang murah, tak nak... Free education pun tak nak... Harga kereta murah, tak nak... Itu tak nak, ini tak nak, sana bankrap, sini bankrap... Apa yang depa nak??? BRiM & whatever they call... Sebagai seorang yang belajar ekonomi, akaun & yang sewaktu dengannya, aku boleh nampak yang manifesto PR tu lebih bermanfaat untuk jangka masa panjang berbanding dengan manifesto BN yang manfaatnya hanya untuk jangka masa pendek...

Come onlah, korang... Aku mintak tolong sangat korang bukak minda korang... Nilai dan bandingkan kedua-duanya dengan akal dan fikiran yang neutral... Kita berdiri atas fakta yang ada, bukan bergantung pada fitnah yang dilemparkan... So, aku sarankan korang untuk lebih banyak membaca bahan bacaan selain daripada Utusan & surat khabar2 lain (aku syorkan Sinar Harian) & jangan terlalu taksub dengan RTM atua TV3 (tengok jugak sumber2 lain macam internet)...

Aku gak nak tabik spring kat kaum2 Cina yang berani menuntut perubahan... Korang memang the best & tak senang terpengaruh dengan dakyah hasutan... Bilalah pulak orang2 Melayu ni nak bukak mata depa... Apa yang boleh kita buat sekarang ni, just berdoa dan bersedia untuk next election - PRU-14...