Tuesday, July 5, 2011

PERKARA JANGAN DILAKUKAN (Part II)


13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim ...

14) Jangan lupa hanyan bergantung harap pada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Kelak kita akan sombong apabila berjaya dan kecewa apabila gagal ...

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki ...

16) Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa ...

17) Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita ...

18) Jangan suka menganiaya orang atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t ...

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan duniawi. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat ...

20) Jangan duduk dalam bilik air/tandas terlalu lama kerana di situ merupakan tempat tinggal jin kafir dan syaitan ...

21) Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin ...

22) Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke dalam rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan akan masuk bersama ...

23) Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika dia memakai tangkal. ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal dan bukan kepada ALLAH ...


24) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM mengatakan JANGAN kerana semua itu untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH itu lebih mengetahui ...

TAMAT ...

Sumber : Majalah dara.com edisi Mei 2003

No comments:

Post a Comment