untuk entry kali ni, aku just nak share something… sesuatu ilmu yang
telah aku dapat dalam kelas risk management & corporate givernance dengan
Dr. Shamharir… sesuatu yang aku rasakan sangat terkesan kat hati aku… dan
sangat membuka minda aku untuk lebih memahami budaya malaysia… budaya apa?
budaya “power distance”…
apa tu budaya “power distance”??? ia berkaitan dengan jurang antara “pemimpin”
dengan “dipimpin”… malaysian dilihat ada budaya “very far away” in power
distance... korang faham maksud aku, kan??? jurang power antara “pemimpin”
dengan “dipimpin” yang terlalu jauh ni telah menyebabkan “pemimpin” dilihat terlalu
berkuasa untuk control “dipimpin” sampai tak boleh nak ditegur… in other words,
teguran kepada “pemimpin” merupakan satu kesalahan besar…
apa tu??? selama ni aku memang tertanya2 juga apa yang tak kena dengan system kepimpinan kat Malaysia ni… then, inilah puncanya…
tak payah bukti pun, kan??? Kalau korang bukak paper pun, korang boleh tengok
contoh yang macam2… macam *** yang sentap bila orang lain tegur cara
diorang handle/manage kerja dorang... pastu ugut nak denda bagai… well, korang
tak boleh nak tutup salah sendiri dengan denda… mulut manusia/orang tak boleh
nak ditutup, bro…
ada satu hal lagi… korang sendiri sedia maklum, kan... kalau kat
sekolah, uni, or kat mana2 yang berkaitan, mesti ada tandas staf @
tandas guru @ tandas murid dll… korang tak rasa yang semua tu nonsense??? well,
kita semua ni manusia/orang yang akan “buang” benda yang sama… so, kenapa mesti
ada discrimination macam ni??? lainlah kalau “orang2 berpangkat” tu “buang”
keluar diamond… tapi, ia mustahil & super-impossible… sama jugak macam kes
parking kereta… perasan tak yang biasanya orang2 berpangkat ni akan
ada parking berbumbung siap dengan plat no sekali… rubbish… apa kereta dorang
tu buat daripada butter??? takut cair bila kena panas matahari…
aku tau akan ada mulut2 yang cakap yang “dorang tu”
pemimpin kita… they deserve it… sempitnya pemikiran… well, kita memang dituntut
untuk hormat kepada pemimpin… tapi, aku tak rasa budaya yang kita sedang amalkan
ni cara terbaik untuk express rasa hormat tu… cara kita ni just akan tambah
jurang kuasa yang dah sememangnye agak jauh... come on, kita jangan ikut macam system
kasta yang amalkan diskriminasi ikut darjat/jawatan… kat depan Allah, kita
semua sama…
listen, para “pemimpin”… korang pernah terfikir tak kenapa korang
dikritik??? orang pernah terfikir tak yang kritikan yang korang terima tu
melambangkan ada sesuatu yang tak kena dengan cara korang memimpin… korang “pemimpin”
ingat kitorang yang “dipimpin” ni saja2 je ke nak kritik korang…
ingat kitorang tak ade kerja lain… well, kepada “dipimpin” juga, jangan kita
kritik secara melampau… maksud aku biarlah teguran/kritikan tu kritikan yang
membina (tanpa carutan/words yang terlalu extreme)…
habis dengan power distance ni, aku nak sentuh pulak pasal protocol…
bukan band KYOTO PROTOCOL tau… Maksud protokol adalah panduan yang menentukan
bagaimana sesuatu aktiviti patut dilakukan… kita Malaysian ni memang banyak
sangat protocol especially time bila ada acara2 rasmi… protokol
biasa yang akan kita Malaysian buat macam:
- jemput VVVVVVVVVIP semata2 untuk merasmikan sesuatu majlis… [tak boleh ke kalau just jemput ketua je yang rasmikan]
- siap red carpet, kompang, bunga mangga, orang bersilat bagai…
- seat & meja VVVVVVVVVVIP berbeza dengan orang lain… jenis hidangan aku tak sure… [time dinner]
- biasanya kita terpaksa tunggu VVVVVVVVVIP ni datang [dorang jarang punctual] & kadang2 terpaksa pulak tunda sebab terpaksa ikut jadual die…
- makan pakai sudu & garfu… apa makan pakai tangan tak senonoh ke??? Sunnah Nabi tu…
kalau aku nak cerita pasal perangai Malaysian ni memang panjang
ceritanya… aku cuma boleh harap yang budaya yang kita amalkan ni takkan bagi
negative side effect untuk kita dimasa akan datang… even, lecturer aku pun dah
cuba nak ubah, tapi jawapan yang dia dapat “tak boleh, dr… ni protocol”… APTB
so, sesiapa yang baca ni diharapkan dapat bukak minda & fikir sejenak…
kita mampu mengubahnya…