Friday, December 13, 2013

Statik - Anak Johor


oh,
dengan izin Tuhan 
jalan seiringan
ditanah teguh bermaruah
salam sejahtera pada semua saudaraku
kibarkan panji kebesaranmu

oh, 
doa kesyukuran
laungan selatan
bebas merdeka selamanya
ingatilah pengorbanan pejuang silammu
kibarkan panji kebesaranmu

ayuh kawanku!
ini masanya
teguhkan semangatmu
dan jangan kita berpaling

jeritkanlah dari hati
jiwa kita yang berani
aku anak JOHOR!
aku anak JOHOR!

majulah generasiku
semangat merah dan biru
aku anak JOHOR!
aku anak JOHOR!

majulah generasiku
oh, luaskan kuasamu
aku anak JOHOR!
aku anak JOHOR!

majulah generasiku
oh, luaskan kuasamu
aku anak JOHOR!
Allah selamatkan Sultan!

lagu: Haziq
lirik: Haziq

 

pakcik nak bunuh kami ke???

untuk entry kali ni, aku just nak kongsi satu experience yang aku lalui baru2 ni... experience apa? experience naik bas dengan 'pakcik rempit'... mungkin bagi korang benda ni biase2 je, tapi bagi aku benda ni xbiasa... sebab apa?? 'pakcik rempit' ni bawak bas dalam keadaan yang boleh mengancam nyawa... 

sudah menjadi lumrah student kolej ktorg ni menjadikan bas sebagai pengangkutan utama ktorg sebab jarak dari kolej ke kampus adalah dalam 3km... gila lah kalau nak berjalan... dalam banyak2 bas ni, terselitlah bas no23 (kalau xsilap) yang dipandu oleh 'pakcik rempit' ni... umur 'pakcik rempit' ni kalau diagak2 adalah dalam 50-an ke 60-an... dah agak tua dah, tapi cara bawak dia kalah orang muda...

jalan dari kolej ke kampus ni pulak "macam ular kena palu"... bengkang-bengkok, naik bukit sikit, turun bukit sikit, selekoh maut sikit, jalan rosak sikit, jalan tengah baiki sikit, laluan motorsikal sikit, dll... senang kata, penuh dengan rintangan... kalau ikut logik, drebar2 bas akan bawak bas dengan lebih berhati2, tapi tidak kepada 'pakcik rempit'...

dalam keadaan jalan yang macam tu, 'pakcik rempit' boleh pulak tekan minyak sampai 70-80 km/jam... diulangi: dia bawak bas tau, bukan kereta mahu pun motorsikal... dan kapasiti dalam satu bas tu selalunya overlimit... kalau duduk tak berapa nak rasa sangat... kalau kena yang berdiri, tak dapat pulak tempat berpaut yang strategik, berdiri bulu roma korng... bas kitorg bukan macam bas rapid atau mara liner yang ada tempat pegang untuk yang berdiri tu... bas kitorg ni memang xde ciri2 keselamatan... kalau kena berdiri, pandai2lah kau nak hidup...

sambung balik cerita 'pakcik rempit' tu... lepas habis kelas csp semalam aku balik naik bas23... unfortunately, aku x dpt seat & terpaksa berdiri dekat dengan pintu... aku berdiri dengan sorang perempuan melayu & 2 orang chinese (laki & perempuan)... kitorg terpaksa berpaut kat tempat yang sama...

mula2 lagi 'pakcik rempit' dah tunjuk belang dia... dah lah bawak laju, suka pancung jalan pulak tu... nasib baik aku genggam kuat, kalau tak dah tercampak dah aku... bila masuk litar sebenar, 'pakcik rempit' bertambah dahsyat... nak2 bila time selekoh... penat kitorg menggayakan macam2 gaya supaya tak jatuh... budah perempuan kat depan aku dah cuak gila sampai panggil nama kawan dia... punyalah dia takut time tu... 

apa yang aku fikir time tu: "pakcik ni nak bunuh kitorg ke?"... bawak punyalah laju... bajet dah expert sangat lah tu... pakcik, ingatlah sikit... pakcik bawak nyawa orang tau, bawak berhemah sikit xboleh ke? kalau kat highway tu aku xheran lah... ni kan jalan kampung je pun...

sebahagian jalan yang 'selamat'

sambung balik... lepas 5-10 minit tu sampailah ke kolej kami... then, bas akan berhenti kat 3 tempat... kolej aku, mall & kolej lagi satu... biasanya aku turun kat mall sebab lagi dekat dengan blok aku... disebabkan takut, budak perempuan tadi xjadi nak turun kat mall... dia turun kat hentian pertama... ngeri punya pasal... aku pun rasa ngeri gak dengan 'pakcik rempit' tu, tapi disebabkan malas nak berjalan, aku rela turun kat mall...

moral of the story, kalau korang drive, drive dengan berhati2... kalau korang naik sorang2 lantak korang lah nak bawak laju mana pun... tapi, kalau korang bawak penumpang beringatlah... Islam sendiri suruh kita hargai nyawa... so, bila memandu tu, ingatlah orang tersayang...

p/s: aku nak tujukan lagu ni untuk 'pakcik rempit'...