Tuesday, June 28, 2011

Berakhirnya Perjuangan Sang Penghibur...


Time korang baca title entry kali ni mesti korang cakap "poyo gile tajuk..."
Apa...? x ada... ok, kita berbalik pada tajuk utama...

Sang penghibur yang aku maksudkan bukanlah penghibur2 negara yang keluar kat tv tu...
Tapi sang penghibur yang bekerja keras untuk menghiburkan para peminatnya dalam bidang penulisan...

Sang penghibur tersebut ialah majalah UTOPIA... korang x tahu apa itu majalah UTOPIA...??!! Majalah UTOPIA ialah sebuah majalah komik + hiburan terbitan Art Square Creation Sdn Bhd (gempakstarz) ... Senang cerita majalah UTOPIA ni bawah satu bumbung yang sama dengan majalah GEMPAK, POPCORN, COMIC KING, ELEMEN dll...

Secara rasminya majalah UTOPIA isu 204 telah menjadi isu yang terakhir untuk majalah UTOPIA... Sebelum tu aku ada terbaca kat status FB UTOPIA yang mengatakan pasal pemberhentian majalah kesayangan aku ni... aku ingat dorang main2 sebab writer2 kat majalah UTOPIA tu kuat bergurau... X sangka pula yang dorang serius...

Aku dah follow majalah UTOPIA ni sejak aku form 1 lagi sampai lah aku masuk IPTA... Bila dikira2 adalah dalam 8 tahun dah aku follow majalah ni... Mana lah aku x sayang dengan UTOPIA ni termasuklah dengan writer2 & kartunis2 UTOPIA...

Sepanjang majalah UTOPIA ni diterbitkan, dah banyak writer2 kreatif yang berkhidmat untuk majalah UTOPIA ni... Antaranya, Ayour, Candyman, Fariz, Roy, Puspa, Alliyah, Areyoung, DeepC, Izlin, Ka-mail, Mesir, Jen, Fara, Pjoe, Shylah, Igniz dan Zarm... Ini mungkin sebahagian saje writer2 yang aku dapat kesan... Tapi dalam banyak2 writer ni, writer Mesir paling aku minat sebab cara penulisan dia yang kelakar & dia suka bahan writer lain...

Shylah, Fara, Mizz Nina (bukan writer), Pjoe, Ka-mail, Igniz

Majalah UTOPIA ni pun telah banyak siarkan komik2 yang SUPER COOL... Antara komik2 yang menjadi feveret aku macam UTOPIA HIGH (Slaium), THE FISHES & LE GARDENIE (Ben), semua karya2 Zint macam KIJIYA, ELI dll,.. Senang cerita semua komik yang ada dalam UTOPIA ni aku minat...


 Selama 8 tahun aku jadi pembaca setia majalah UTOPIA ni jarang aku terlepas untuk beli (kadang2 termiss gak 2,3 isu)... Beli majalah UTOPIA ni dah jadi macam tabiat aku... Tiap2 2minggu sekali aku akan pastikan aku ada simpan duit untuk beli majalah UTOPIA ni...

Kesetiaan aku dekat majalah UTOPIA ni tersangatlah kuat sekali... Sampai family dengan kawan2 aku mempersoalkan minat aku ni... Aku rasa lebih baik beli majalah UTOPIA ni daripada beli make-up (???)

Kawan2 aku selalu tanya, "Kenapa kau suka sangat baca UTOPIA ni...?"
Aku jawab,
1) Komiknya best...
2) Penulisnya kelakar (cara penulisan dorang x formal... Tu yang seronok tu...)
3) Ada info2 pasal artis2 luar & dalam negara... (cerita yang x masuk paper)
4) Ada artikel pasal band2 indie kat Malaysia ni...
5) Dapat free gift... (dulu2 lah)

Aku berdoa dan berharap semoga writer2 majalah UTOPIA terus berjaya... Semoga beliau2 dapat teruskan kecambesan dan kekreatifan (betul ke ejaan aku ni...?) penulisan beliau2, walaupun beliau2 berkhidmat di majalah lain (atau mungkin beliau2 menceburi bidang lain)...  

Konklusinya, terpaksalah aku mencari hobi dan tabiat baru... Mungkin aku boleh try ternak anai2, atau kumpul resit pembelian pasaraya, atau kumpul lirik lagu korea, atau join mak cik2 buaian tu bergosip2 (oopppssss)...
Antara arti2 yang pernah jadi cover untuk majalah UTOPIA :

#SELEB BARAT#

JUSTIN BIEBER


AVRIL LAVIGNE

#SELEB KOREA#

2 AM


#SELEB MALAYSIA#

PESAWAT
MONOLOQUE
(depan)Monoloque/Hujan/Bittersweet     (belakang)7Collar T-shirt/Pesawat/The Ramles



UTOPIA - Akan sentiasa berada di hati ini...

Tuesday, June 21, 2011

ABAH OH ABAH...



Semua orang kat dunia ni ada abah... Sebab x ada abah, x adalah kita... Walaupun abah ni tarafnya x setinggi mak, tapi kita tetap kena hormat beliau...

Masuk tahun 2011 ni, dah 11 tahun abah aku  meninggal dunia... Kalau korang tanya aku sedih ke x, aku akan jawab, "x sedih... sebab dah lama dah abah aku meninggal sampai aku pun dah lupa perasaan sedih aku time aku dapat tahu yang abah aku dah x ada..."

Live must go on... Lagipun time abah aku meninggal dunia tu kitorang adik2 kecil lagi... apa sangat la yang kitorang faham apa yang berlaku masa tu... masa mula2 x lah terasa sangat, tapi bila dah lama sikit, baru aku dapat rasakan satu kehilangan yang sangat besar...

secara fizikalnya, abah aku tu merupakan seorang yang kacak, tinggi, tough dll (bakat imaginasi sangat dituntut ketika ini...)
keperibadian abah aku pula... beliau merupakan seorang yang agak pendiam, agak garang (dengan anak2 beliau sahaja...), penyayang, pandai menjaga hati, tegas... senang cerita semua sifat mahmudah ada pada beliau...

adik aku selalu tanya mama aku, "mama, kenapa Allah tarik nyawa abah... kenapa Allah x tarik nyawa abah orang lain...?"...
mama aku jawap, "sebab abah orang baik... Allah sayang orang baik, sebab tu lah Allah tarik nyawa abah... supaya abah x terus terpengaruh dengan dosa2 duniawi..."

masa tu baru aku terfikir dan aku rasa bersyukur sangat abah aku ditarik nyawanya pada usia yang muda (40 tahun... muda kan?)...

tapi bila aku renung2 balik, ada hikmahnya pemergian abah aku tu... tragedi tu telah menjadikan kitorang adik2 semakin matang dan berkongsi tanggungjawab untuk kurangkan beban mama aku...

Zaman dulu2

Gambar family aku yang latest (raya tahun lepas)

aku cukup kecewa dengan manusia2 yang x tahu nak menghargai pengorbanan ayah diorang... diorang sepatutnya bersyukur sebab masih ada ayah...

tapi ayah2 sekarang pun susah nak percaya... sebab lately ni, banyak pulak kes ayah rogol anak lah, ayah bersekedudukan dengan anak lah, ayah dera anak lah... masya-Allah...

aku x tahu lah sama ada diorang ni layak digelar manusia... biarlah Allah yang tentukan nasib diorang kat akhirat nanti...

akhir kata, KITA NI HANYA TAHU MENGHARGAI SESEORANG BILA DIA DAH TIADA... JADI, HARGAILAH ORANG YANG KITA SAYANG SEBELUM DIA PERGI TINGGALKAN KITA...


Friday, June 17, 2011

Keikhlasan yang Halimunan...


masa aku tengok cerita "nora elena" , adalah dalam 4 - 5 kali aku dengar dialog "aku ikhlas"...

walaupun nora elena tu just cerita rekaan semata2 termasuklah dialog2 pelakon dalam cerita tu, tapi ada persamaannya dengan realiti...

korang sedar x yang ayat "aku ikhlas" tu dah jadi macam makanan kita...? kita akan ucap kata2 tu sama ada kita sedar ataupun x sedar...

tapi sebenarnya, kita tahu x apa maksud ikhlas tu...??
aku x tahu lah ikhlas ni sebenarnya apa... adakah ianya satu perasaan??


tapi bagi pendapat aku ikhlas ni wujud bila seseorang tu buat sesuatu kerja dengan rela hati tanpa mengharapkan apa2 balasan tapi, kalau orang nak bagi apa salahnya kalau kita ambik... betul tak...?? hehe...

apa yang aku nak pertikaikan sebenarya ialah ungkapan keikhlasan kita tu... perlu ke kita nak ungkapkan keikhlasan kita...



ikhlasan tu sesuatu yang abstrak... kita x payah nak bagitau orang sama ada kita ni ikhlas ke x... kalau kita betul2 ikhlas, orang yang kita tolong tu dapat merasai keikhlasan kita tu...


pada pendapat aku la... kalau kita ungkapkan ayat "saya ikhlas", orang tu akan jadi x ikhlas... sebab apa...??
aku pun x tahu la kenapa aku berpendapat sedemikian... aku x ada alasan yang kuat untuk sokong pendapat aku ni... well, lain padang lain belalang... tiap2 orang ada pendapat masing2...

berbalik pada topik kita... orang yang mendapat pertolongan plak jangan tanya " kau ikhlas ke x ni...??" banyak2 kali... nanti orang tu boleh jadi tak ikhlas... aku berani cakap sebab aku dah pernah alami... kalau nak cerita memang susah, korang kena alami sendiri...
 kalau nak cakap pasal ikhlas ni, sampai kering air liur pun belum tentu habis... kita nilai lah sendiri... nak cakap boleh, x nak cakap pun boleh... tapi, mulut kita ni boleh percaya ke...??? so, lebih baik kita simpan dalam hati...

konklusinya, KITA TAK PERLU KATA APA2 SEBAB MANUSIA MEMANG TAK BOLEH NAK MENILAI KEIKHLASAN SESEORANG... JADI, KITA SIMPAN SAJA DALAM HATI SEBAB ALLAH SAJA YANG TAHU NAK MENILAI KEIKHLASAN SESEORANG...


kalau nak tambah ilmu pengetauan pasal ikhlas boleh la usya kat iLuvislam...