Semua orang kat dunia ni ada abah... Sebab x ada abah, x
adalah kita... Walaupun abah ni tarafnya x setinggi mak, tapi kita tetap kena
hormat beliau...
Masuk tahun 2011 ni, dah 11 tahun abah aku meninggal dunia... Kalau korang tanya aku
sedih ke x, aku akan jawab, "x sedih... sebab dah lama dah abah aku
meninggal sampai aku pun dah lupa perasaan sedih aku time aku dapat tahu yang
abah aku dah x ada..."
Live must go on... Lagipun time abah aku meninggal dunia tu
kitorang adik2 kecil lagi... apa sangat la yang kitorang faham apa yang berlaku
masa tu... masa mula2 x lah terasa sangat, tapi bila dah lama sikit, baru aku
dapat rasakan satu kehilangan yang sangat besar...
secara fizikalnya, abah aku tu merupakan seorang yang
kacak, tinggi, tough dll (bakat imaginasi sangat dituntut ketika ini...)
keperibadian abah aku pula... beliau merupakan seorang yang
agak pendiam, agak garang (dengan anak2 beliau sahaja...), penyayang, pandai
menjaga hati, tegas... senang cerita semua sifat mahmudah ada pada beliau...
adik aku selalu tanya mama aku, "mama, kenapa Allah
tarik nyawa abah... kenapa Allah x tarik nyawa abah orang lain...?"...
mama aku jawap, "sebab abah orang baik... Allah sayang
orang baik, sebab tu lah Allah tarik nyawa abah... supaya abah x terus
terpengaruh dengan dosa2 duniawi..."
masa tu baru aku terfikir dan aku rasa bersyukur sangat
abah aku ditarik nyawanya pada usia yang muda (40 tahun... muda kan?)...
tapi bila aku renung2 balik, ada hikmahnya pemergian abah
aku tu... tragedi tu telah menjadikan kitorang adik2 semakin matang dan
berkongsi tanggungjawab untuk kurangkan beban mama aku...
Zaman dulu2 |
Gambar family aku yang latest (raya tahun lepas) |
aku cukup kecewa dengan manusia2 yang x tahu nak menghargai
pengorbanan ayah diorang... diorang sepatutnya bersyukur sebab masih ada
ayah...
tapi ayah2 sekarang pun susah nak percaya... sebab lately
ni, banyak pulak kes ayah rogol anak lah, ayah bersekedudukan dengan anak lah,
ayah dera anak lah... masya-Allah...
aku x tahu lah sama ada diorang ni layak digelar manusia...
biarlah Allah yang tentukan nasib diorang kat akhirat nanti...
akhir kata, KITA NI HANYA TAHU MENGHARGAI SESEORANG BILA
DIA DAH TIADA... JADI, HARGAILAH ORANG YANG KITA SAYANG SEBELUM DIA PERGI
TINGGALKAN KITA...
No comments:
Post a Comment