Wednesday, June 13, 2012

JIWA KACAU DI KALA MUSIM EXAM...


Dikala tiada teman untuk meluah perasaan, aku hanya mampu bermonolog sendirian... Aku dilanda perasaan yang sungguh tidak menyenangkan... Nak kata kecewa [tidak], nak kata cemburu [tidak], nak kata down [tidak]... Perasaan ni timbul semenjak result mid exam keluar...

Kitorang pergi kelas sama-sama, ponteng kelas sama-sama, buat assignment sama-sama, buat tutorial sama-sama, tapi masih ada yang memisahkan/membezakan aku & dia... Even, kitorang buat aktiviti/benda yang sama, tapi dia tetap akan mendahului aku dalam semua subjek...


Timkai???

Bukan aku tak tahu, dia memang cerdik & aku akui... Result exam, pointer, markah assignment, markah kuiz & semuanya - dia berada di atas aku... Tapi, aku sebenarnya bukan nak mempertikaikan/memperkatakan tentang si dia ni... Aku redha sebab aku tahu dia memang lebih cerdik daripada aku... 

Apa yang aku nak kongsikan kat sini ialah pasal perasaan aku sekarang ni...

Your friend fails, you feel bad
Your friend tops, you feel worse

Itulah yang aku rasa sekarang ni... Semua orang ada perasaan macam ni... Perasaan ni dah menghantui aku sejak beberapa bulan kebelakangan ni... Seksa wo... I feel worse...

Study smart, bukan study hard...

So, apa yang aku buat untuk atasi prob ni... Aku cuba untuk berfikiran positif, study dengan lebih semart lagi & kuatkan mental aku untuk terima kenyataan yang aku ni pemalas & taklah pandai sangat [biasa-biasa je]... Aku akan berusaha supaya result final aku better [walaupun agak mustahil untuk dicapai]...

Walaupun mulut kita mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dengan senyuman, tapi sebenarnya, hati kita kecewa dengan diri sendiri & tertanya-tanya - kenapa kita tidak boleh jadi sepertinya...

Hmmmm.........

  

Wednesday, June 6, 2012

PEREMPUAN OH PEREMPUAN...


Dalam tengah mood exam ni, aku teringin nak menyuarakan sesuatu... Sesuatu yang dah lama sangat aku nak kongsikan... Untuk entry kali ni aku nak berkongsi pendapat pasal perempuan...

Semua orang tau yang perempuan ni makhluk Tuhan yang complicated & susah nak difahami... Aku sebagai perempuan pun kekadang confuse dengan diri sendiri... Aku nak kongsi topik yang teramatlah sangat sinonim dengan perempuan iaitu cantik...



Semua perempuan suka cantik & susah nak jumpa perempuan yang tak suka cantik... Sekarang ni kita boleh tengok yang perempuan sanggup lakukan apa saja untuk cantik... Pakai susuk, cucuk botox, cucuk vitamin, plastic surgery & kekadang tu benda yang tak masuk akal...

Suatu hari tu aku pernah terfikir, "kenapa perempuan suka cantik???"... Dan jawapannya tersangatlah simple - perempuan sukakan pujian & untuk tarik perhatian lelaki... Sudah menjadi lumrah yang perempuan suka lelaki & sebaliknya... So, untuk tarik perhatian lelaki, perempuan kenalah cantik... Perempuan jugak sukakan pujian [pujian tak ikhlas belakang cerita]...




Perempuan zaman sekarang majoritinya pentingkan make-up, eye-liner, maskara, lipstik/lipbum/lipice, contact lens, perfume, blusher dll... Kekadang tu bersolek muka je nak sampai 1/2 jam...

FYI, aku perempuan berkecuali... Aku memang tak pandai nak melawa especially make-up... Bagi aku simple is better... Tapi aku tetap menitikberatkan istilah "cantik" bila aku berpakaian... Istilah "cantik" ni memang tak boleh diabaikan...

Oleh sebab itu aku sangat respect dengan perempuan yang just pakai apa yang dia rasa selesa & tak pernah fikir apa pandangan orang kat dia a.k.a slumber punya orang... Susah nak jumpa perempuan macam tu, kan???

Kat UUM ni aku ada perasan 2,3,4,5 orang perempuan yang simple & slumber giler dressing [even pergi kelas]... Aku kagum dengan dorang... Aku berharap sangat yang aku mampu untuk jadi macam dorang... Tak adalah serabut kepala nak fikir pasal "cantik"... Natural beauty kan lagi cantik???


GAMBAR HIASAN