Dalam tengah mood exam ni, aku teringin nak
menyuarakan sesuatu... Sesuatu yang dah lama sangat aku nak kongsikan... Untuk
entry kali ni aku nak berkongsi pendapat pasal perempuan...
Semua orang tau yang perempuan ni makhluk Tuhan
yang complicated & susah nak difahami... Aku sebagai perempuan pun kekadang
confuse dengan diri sendiri... Aku nak kongsi topik yang teramatlah sangat
sinonim dengan perempuan iaitu cantik...
Semua perempuan suka cantik & susah nak
jumpa perempuan yang tak suka cantik... Sekarang ni kita boleh tengok yang
perempuan sanggup lakukan apa saja untuk cantik... Pakai susuk, cucuk botox,
cucuk vitamin, plastic surgery & kekadang tu benda yang tak masuk akal...
Suatu hari tu aku pernah terfikir, "kenapa
perempuan suka cantik???"... Dan jawapannya tersangatlah simple -
perempuan sukakan pujian & untuk tarik perhatian lelaki... Sudah menjadi
lumrah yang perempuan suka lelaki & sebaliknya... So, untuk tarik perhatian
lelaki, perempuan kenalah cantik... Perempuan jugak sukakan pujian [pujian tak
ikhlas belakang cerita]...
Perempuan zaman sekarang majoritinya pentingkan
make-up, eye-liner, maskara, lipstik/lipbum/lipice, contact lens, perfume,
blusher dll... Kekadang tu bersolek muka je nak sampai 1/2 jam...
FYI, aku perempuan berkecuali... Aku memang tak
pandai nak melawa especially make-up... Bagi aku simple is better... Tapi aku
tetap menitikberatkan istilah "cantik" bila aku berpakaian... Istilah
"cantik" ni memang tak boleh diabaikan...
Oleh sebab itu aku sangat respect dengan
perempuan yang just pakai apa yang dia rasa selesa & tak pernah fikir apa
pandangan orang kat dia a.k.a slumber punya orang... Susah nak jumpa perempuan
macam tu, kan???
Kat UUM ni aku ada perasan 2,3,4,5 orang
perempuan yang simple & slumber giler dressing [even pergi kelas]... Aku
kagum dengan dorang... Aku berharap sangat yang aku mampu untuk jadi macam
dorang... Tak adalah serabut kepala nak fikir pasal "cantik"...
Natural beauty kan lagi cantik???
GAMBAR HIASAN |
No comments:
Post a Comment