Tuesday, March 27, 2012

BILA HATI DAH HITAM...



SOLAT
# bila hati dah hitam, solat lima waktu pun susah nak laksanakan... solat sunat usah ceritalah... yang wajib pun susah nak buat, yang tak wajib memang taklah nak buat... belum masuk bab puasa, zakat dll... semua orang tahu yang solat tu tiang agama, tapi kenapa masih ada umat islam itu sendiri yang masih tak menunaikan solat... nak2 solat subuh... memang kita lagi pentingkan tidur kita daripada solat subuh...



HARTA
# bila hati dah hitam, harta didahulukan daripada semua perkara... kita terlalu asyik mengejar kekayaan dunia berbanding kekayaan akhirat... lepas tu, semua perkara nak dialas atau didepositkan dengan duit... kalau tak ada duit, alamatnya susah kita anak survive kat dunia yang serba materialiti ni... sekarang ni pun kita banyak dengar kes-kes rasuah... sana sini rasuah... orang yang dah kaya masih tak puas dengan harta yang mereka miliki... hajat di hati nak jadi orang terkaya di dunia... tapi, apa guna kaya di dunia tapi miskin di akhirat dan di sisi allah...



RIBA'
# bila hati dah hitam, halal dengan haram pun dah nak nampak perbezaan... ibnu al-arabi al-maliki , dalam kitabnya " ahkam al-quran " menjelaskan definisi riba' secara bahasa ialah tambahan, tetapi maksud riba' dalam ayat qur'ani ialah setiap pertambahan yang diambil tanpa adanya satu transaksi pengganti atau penyeimbangan yang dibenarkan syariah... kita tahu yang riba' tu salah satu daripada dosa-dosa besar, tapi kenapa kita masih amalkan riba'... adakah sebab kita tak takut dengan balasan yang allah dah sediakan untuk pengamal riba' atau kita ni pengikut setia syaitan???




PERNIKAHAN
# bila hati dah hitam, nak hidup macam suami isteri pun dah tak perlu nak menikah lagi dah... soal cerai-kahwin pun jadi bahan mainan... lafaz talak dilafaz sesuka hati... perkahwinan tu sesuatu yang mulia di sisi islam, jadi janganlah kita mempersendakannya... kes buang bayi dah tak terkira... belum kira yang gugurkan kandungan lagi... masya-allah, banyaknyalah dosa kita... kita bukan saja melakukan zina, siap jadi pembunuh lagi...
"dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah jahannam, kekal ia di dalamnya dan allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya." | surah an-nisa' ayat ke-empat|



HIBURAN
# bila hati dah hitam, kita sentiasa leka dengan hiburan sampai terlupa tujuan hidup... kita lebih sukakan rancangan yang berbentuk hiburan berbanding dengan rancangan yang berbentuk keagamaan... islam tidak melarang hiburan tetapi ada batasannya... sekarang ni banyak nyanyian dan hiburan, ada yang bercampur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak | persembahan atau seni kata |... so, jawatankuasa syariah telah memutuskan untuk meletakkan syarat-syarat untuk mengharuskan nyanyian :

§  tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan
§  berpakaian sopan & menutup aurat
§  tidak bercampur lelaki & perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan meransang kemaksiatan
§  seni kata / lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
§  tempat & gaya persembahan tidak mengundang maksiat

untuk pembacaan lanjut, boleh klik di sini



# diungkapkan oleh abdullah bin mas'ud r.a, " ada empat perkara yang menyebabkan hati menjadi hitam/gelap " :
1. perut yang selalu kekenyangan
2. bergaul dengan orang yang zalim
3. melupakan dosa yang lalu
4. angan-angan yang melambung




sedangkan empat perkara yang menyebabkan hati bercahaya :
1. perut yang lapar agar selali berwaspada
2. bergaul denga orang soleh
3. mengingati dosa yang telah dilakukan
4. tidak berangan-angan yang melambung






Saturday, March 10, 2012

6K OH 6K...


Tetibe je malam ni rajin nak buat entry baru... Sebab malas nak belajar...

BTW, malam ni aku nak merungkaikan 6K dalam hidup kita...


1) KELUARGA
Setiap manusia kat dalam dunia ni ada keluarga sendiri... Tapi, kenapa kita jarang sangat nak ambik berat pasal keluarga bila kita dah bekerja/berjaya... Bila poket dah penuh dengan duit, mak ayah tah kemana, adik-beradik pun dah tak kenal, saudara mara pun dah tak nak mengaku... Keluarga saja golongan manusia yang akan sentiasa menerima kita bila mana masyarakat dah tak nak ambik tahu pasal kita... Semakin jauh kita buang mak kita, semakin dekat kita di hatinya...


2) KAWAN
Setiap orang mesti sekurang2nya ada seorang kawan... Hidup kita sentiasa dikelilingi dengan kawan-kawan... Kita pun prefer share masalah dengan kawan daripada share dengan keluarga... Tapi, berapa kerat sangat kawan kita yang betul-betul kita boleh panggil "KAWAN"... Banyak sekarang kes kawan makan kawan (dah tak ada benda lain nak makan ke?)... So, berhati-hatilah memilih kawan... Pilihlah mawan yang boleh survive dengan kita dalam susah & senang...

3) KEKASIH
Jiwa muda kita sentiasa nak disayangi & menyayangi... Nak berkasih boleh, tapi biarlah kena dengan caranya... Ikutlah cara berkasih yang digariskan oleh agama Islam... Kenapa mesti nak ikut cara barat yang tak berapa bertamadun tu??? Perlu ke melarat sampai bermukah, pregnant & lepas tu buang anak???

4) KERJA
Bila kita dah habis belajar, secara automatiknya kita akan mencari kerja... Tak ada kerja, maka tak adalah duit... Sebab tulah, pak cik & mak cik yang sepatutnya dah bersara, tak nak bersara... Tak ada sumber pendapatan nanti katanya... So, kita yang muda-muda ni memang tak ada chance lah nak kumpul duit nak buat belanja kawin... Yang semangat nak kerja tak dapat kerja, yang dah ada kerja pulak malas nak kerja... So, typical Malaysian...


5)KAHWIN
Siapa yamg tak ada rasa nak kawin tu ada kemungkinan tak berapa nak normal... Umat Islam digalakkan berkahwin supaya mengikut sunnah Nabi, mengelakkan maksiat & dapat meramaikan umat Islam... Tapi, sekarang ni orang anggap kawin ni benda main-main... Sukehati je kawin-cerai... Berkahwin tu sesuatu yang mulia so, peliharalah rumahtangga kita sebaik mungkin...


6) KEMATIAN
Semua orang takut mati... Bila malaikat Izrail datang nak cabut nyawa kita, kita memang dah tak boleh nak buat pape dah... Time tulah nak menyesal & menangis keluar air mata darah sebab dah mensia-siakan hidup tanpa amal jariah... Mati tak kenal usia, pamgkat atau berapa banyak harta kita... So, bertaubatlah daripada sekarang sebelum terlambat...










# Hasil maklumat daripada majalah Ujang edisi 254...

Wednesday, March 7, 2012

Politik Oh Politik


Hari ni terdetik hati aku untuk tulis something pasal “politik” kat Malaysia ni… aku bukan ada niat untuk mengkritik mana-mana pihak, aku just menterjemahkan apa yang ada dalam akal fikiran aku ni dalam bentuk kata-kata…

Lately ni, aku tengok politik kat Malaysia memang panas… pihak kerajaan dengan pihak pembangkang bangkit untuk mempertahankan pArti masing-masing… tapi yang tak bestnya, diorang berpolitik secara tidak sihat…

Tidak sihat macam mana yang aku maksudkan ni??? Maksud aku diorang ni bukan berlumba-lumba nak baiki kelemahan diri tapi berlumba-lumba untuk menjatuhkan dan memburukkan orang lain… pihak sini mengata pihak sana, pihak sana mengata pihak sini…

Aku sarankan supaya mereka ni focus je kat kerja masing-masing… sebab daripada diorang duk melayan “fitnah” yang dilemparkan, lebih baik diorang turun padang untuk membela nasib rakyat… Banyak lagi rakyat Malaysia ni yang nasibnya tak terbela…

Cakap pasal nasib rakyat yang tak terbela ni teringat pulak aku kat rakyat oku daripada Sarawak yang ditarik balik bantuan hanya disebabkan beliau penyokong tegar pembangkang… aku hanya mampu menggelengkan kepala bila aku baca berita ni…----->>>>http://terbakor.com/2012/03/09/bantuan-kepada-lelaki-oku-diberhentikan-kerana-dia-menyokong-parti-lain/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bantuan-kepada-lelaki-oku-diberhentikan-kerana-dia-menyokong-parti-lain#axzz1ofatti1e

Macam tu jugak dengan kes kerajaan persekutuan tidak akan menyalurkan sebarang bantuan untuk mana-mana negeri di bawah pemerintahan pembangkang… time aku belajar pengajian am kat form six dulu tak ada pulak aku baca fakta yang mengatakan kerajaan tak akan tolong negeri pembangkang… well, maybe Malaysia je kut yang amalkan system pengurusan yang pelik ni. Btw, rakyat kat negeri pembangkang ni pun bayar cukai kat kerajaan jugak… so, dekat duit yang kerajaan peruntukkan untuk negeri-negerinya tu ada hak-hak rakyat negeri pembangkang… so, lu pikirlah sendiri…

Mestilah aku terasa sebab aku duduk kat Selangor… tapi so far ok lah kut pr memerintah… maybe aku ni bukan golongan yang berkepentingan dalam parti politik so, aku tak kisah pun sebenarnya siapa yang memerintah… janji pemerintah tu mestilah tahu nak memerintah, bukan tahu cakap je… bak kata orang muda-muda, cakap macam ribut, buat macam kentut…

Kalau nak cakap pasal politik ni, sampai bila-bila pun tak akan habis… aku just taip mana yang sempat dan yang tetiba terlintas kat paleotak aku ni… nak tulis banyak-banyak nanti terserlah pulak kebodohan aku dalam politik… al-maklumlah, aku ni just student u… kalau komen lebih-lebih nanti kena auku… (eh, dah macam pantun pulak)

Btw, sebelum entry kali ni tamat, aku just nak share cerita tentang hakim yang berhati mulia kai Indonesia… bukan semua orang Indonesia tu jahat… mungkin ada yang dah pernah baca so, untuk yang belum pernah baca boleh lah baca kat SINI --> http://terbakor.com/2012/03/09/bantuan-kepada-lelaki-oku-diberhentikan-kerana-dia-menyokong-parti-lain/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bantuan-kepada-lelaki-oku-diberhentikan-kerana-dia-menyokong-parti-lain#axzz1ofatti1e

p/s : aku bangga kalau kat Malaysia pun ada hakim/ pemerintah yang berhati mulia macam beliau…

JUST KIDDING