Tuesday, March 27, 2012

BILA HATI DAH HITAM...



SOLAT
# bila hati dah hitam, solat lima waktu pun susah nak laksanakan... solat sunat usah ceritalah... yang wajib pun susah nak buat, yang tak wajib memang taklah nak buat... belum masuk bab puasa, zakat dll... semua orang tahu yang solat tu tiang agama, tapi kenapa masih ada umat islam itu sendiri yang masih tak menunaikan solat... nak2 solat subuh... memang kita lagi pentingkan tidur kita daripada solat subuh...



HARTA
# bila hati dah hitam, harta didahulukan daripada semua perkara... kita terlalu asyik mengejar kekayaan dunia berbanding kekayaan akhirat... lepas tu, semua perkara nak dialas atau didepositkan dengan duit... kalau tak ada duit, alamatnya susah kita anak survive kat dunia yang serba materialiti ni... sekarang ni pun kita banyak dengar kes-kes rasuah... sana sini rasuah... orang yang dah kaya masih tak puas dengan harta yang mereka miliki... hajat di hati nak jadi orang terkaya di dunia... tapi, apa guna kaya di dunia tapi miskin di akhirat dan di sisi allah...



RIBA'
# bila hati dah hitam, halal dengan haram pun dah nak nampak perbezaan... ibnu al-arabi al-maliki , dalam kitabnya " ahkam al-quran " menjelaskan definisi riba' secara bahasa ialah tambahan, tetapi maksud riba' dalam ayat qur'ani ialah setiap pertambahan yang diambil tanpa adanya satu transaksi pengganti atau penyeimbangan yang dibenarkan syariah... kita tahu yang riba' tu salah satu daripada dosa-dosa besar, tapi kenapa kita masih amalkan riba'... adakah sebab kita tak takut dengan balasan yang allah dah sediakan untuk pengamal riba' atau kita ni pengikut setia syaitan???




PERNIKAHAN
# bila hati dah hitam, nak hidup macam suami isteri pun dah tak perlu nak menikah lagi dah... soal cerai-kahwin pun jadi bahan mainan... lafaz talak dilafaz sesuka hati... perkahwinan tu sesuatu yang mulia di sisi islam, jadi janganlah kita mempersendakannya... kes buang bayi dah tak terkira... belum kira yang gugurkan kandungan lagi... masya-allah, banyaknyalah dosa kita... kita bukan saja melakukan zina, siap jadi pembunuh lagi...
"dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah jahannam, kekal ia di dalamnya dan allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya." | surah an-nisa' ayat ke-empat|



HIBURAN
# bila hati dah hitam, kita sentiasa leka dengan hiburan sampai terlupa tujuan hidup... kita lebih sukakan rancangan yang berbentuk hiburan berbanding dengan rancangan yang berbentuk keagamaan... islam tidak melarang hiburan tetapi ada batasannya... sekarang ni banyak nyanyian dan hiburan, ada yang bercampur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak | persembahan atau seni kata |... so, jawatankuasa syariah telah memutuskan untuk meletakkan syarat-syarat untuk mengharuskan nyanyian :

§  tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan
§  berpakaian sopan & menutup aurat
§  tidak bercampur lelaki & perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan meransang kemaksiatan
§  seni kata / lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
§  tempat & gaya persembahan tidak mengundang maksiat

untuk pembacaan lanjut, boleh klik di sini



# diungkapkan oleh abdullah bin mas'ud r.a, " ada empat perkara yang menyebabkan hati menjadi hitam/gelap " :
1. perut yang selalu kekenyangan
2. bergaul dengan orang yang zalim
3. melupakan dosa yang lalu
4. angan-angan yang melambung




sedangkan empat perkara yang menyebabkan hati bercahaya :
1. perut yang lapar agar selali berwaspada
2. bergaul denga orang soleh
3. mengingati dosa yang telah dilakukan
4. tidak berangan-angan yang melambung






No comments:

Post a Comment