Tetibe je aku terdetik nak membuat sedikit
coretan... Nak2 sekarang ni musim budak2 lepasan spm & stpm isi upu... So,
just nak share sedikit experience time zaman sekolah dulu...
Time aku SPM dulu, result aku suam-suam kuku
je... taklah bagus, tapi taklah teruk (semua subjek kredit, OK...) Dan
awal-awal lagi aku memang dah decide tak nak mohon matrikulasi... Sebab???
Sebab aku rasa aku tak cukup pandai nak survive dekat matrik tu... Aku ni slow
sikit bab-bab belajar... Bak kata orang, "lambat panas"...
Disebabkan result SPM aku tak berapa nak cun,
hati aku pun sebenarnya dah malas nak sambung study... Time isi UPU pun, aku
main-main... Aku pun tak tahu course apa aku mintak, universiti mana aku
mintak...
Disebabkan aku kecewa tengok kawan-kawan lain
dapat sambung diploma, aku nyaris-nyaris nak daftar masuk kolej komuniti...
Berkat pujukan mak & cikgu-cikgu aku, aku pun melangkahkan kaki aku kembali
ke sekolah untuk sambung belajar ke tingkatan 6... Actually, time f6 dulu aku
daftar lambat... Al-maklumlah, kena paksa...
2 minggu jugaklah aku stay kat kelas sains kat
STARP tu... Azab wooo... Aku dahlah tak minat sains (walaupun, time SPM aku
ambik sains tulen)... Aku memang nak tukar ke aliran kemanusiaan, tapi
disebabkan kelembapan aku, proses perpindahan tergendala...
Akhirnya, aku berjaya jugak back to my sekolah
lama SMK Ungku Aziz a.k.a SUA untuk sambung study kat f6... aku ambik kelas
ekonomi... Kat sekolah aku, subjek ekonomi ni dianggap subjek yang paling susah
kalau nak dibandingkan dengan subjek lain,,, Senang cerita aku dapat masuk kat
kelas yang paling pandai... Budak kelas aku pun 28 orang je (lelaki 8 org)...
Pengalaman yang aku dapat sepanjang f6 ni
benar2 telah mengubah persepsi aku dekat budak2 f6 ni... Selama ni aku
menganggap f6 ni peluang kedua untuk budak2 yang dapat result SPM suam2 kuku
macam aku... Tapi sebenarnya, ramai budak2 pandai dekat f6 ni... Diorang bukan
tak pandai, (ada mitos mengatakan f6 ni untuk budak2 yang kurang cerdik) cuma
diorang tak dapat peluang untuk sambung diploma kat universiti...
Ada orang mengatakan yang "bila kita
sambung f6, sebelah kaki kita sudah melangkah masuk ke universiti"... Dan
itu terbukti bila, hampir 82% budak kelas aku masuk U... Dan hampir kesemuanya
dapat course bisnes... Adakah bukti ni masih tak meyakinkan anda yang
sememangnya tak rugi masuk f6...
Kalau korang perasanlah, kat f6 ni kuantiti
lelaki memang sikit... Sebab??? Diorang tak nak lagi terikat dengan peraturan
sek & tak nak lagi sarung uniform sek... Come on, guys... F6 is not that
bad... Sekarang ni pun aku dengar cerita gov cuba utk upgrade f6 utk tarik
lebih ramai student sambung f6... Aku dengar f6 skunk dah start sistem kuliah,
management sendiri, bangunan sendiri & yang terbaru nak buat sistem
semester... Masih tak cukup terbaik untuk korang...
OK... Back to our business... Hampir setahun
setengah aku belajar, result STPM pun keluar... Dan hasilnya, aku berjaya tebus
result SPM aku dulu dengan result STPM aku yang boleh dikategorikan agak
cemerlang... BTW, aku antara best student STPM kat sek dulu... hehe...
Dan aku telah berazam untuk isi UPU dengan
sebaik mungkin kali ni... Yang peliknya aku hanya pilih UUM & UITM untuk
aku sambung degree... Pelik kan??? Aku tak minat langsung dekat universiti yang
menjadi banyak pilihan orang macam UM, UKM, USM mahupun mana2 U...
Sebenarnya aku lebih minat kat UITM, tapi nak
buat macam mana, rezeki aku kuat dekat UUM... Dan kebetulan yang tak disangka,
ramai pulak budak2 kelas aku yang dapat UITM... Rasanya kalau aku letak UITM
dekat 1st choice aku, confirm aku dapat UITM jugak...
Time aku kat f6 dulu aku telah tersedar akan
satu perkara... Aku sedar yang sebenarnya AKU TAK BODOH... Kenapa aku boleh
skor kat STPM, tapi tak dekat SPM... Sebab MINAT... Dari sek rendah lagi
sebenarnya aku lebih minat kira2 kalau nak dibandingkan dengan sains...
Sebab??? Aku tak suka fakta & aku lemah dalam penghafalan fakta...
So, daripada kisah hidup aku yang pendek ni,
aku dapat simpulakan sedikit pengajaran :
- Buatlah sesuatu mengikut minat & kata
hati...
- Jangan anggap f6 ni outdated...
- Isi borang UPU dengan serius...
- Jangan pernah anggap diri kita bodoh...
- Jadikanlah UUM salah satu universiti pilihan
anda...
No comments:
Post a Comment