Daripada abu hurairah r..a, nabi muhammad s.a.w
bersabda :
"seorang wanita janganlah berpuasa (sunat)
ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia
membolehkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya; dan
sesuatu yang disedekahkan isteri hasil usaha suaminya tanpa perintah suami,
pahalanya satu per dua bagi suami."
(riwayat muslim)
huraian hadis :
1- haram ke atas isteri mengerjakan puasa sunat
melainkan dengan izin suaminya, kecuali jika suaminya tiada bersama kerana
pergi ke luar negeri, maka ia boleh mengerjakan puasa sunat dan tidak
memerlukan izin suaminya.
2- hak suami adalah satu perkara wajib dan
tidak boleh dicuaikan kerana melakukan sesuatu yang sunat.
pendapat peribadi :
islam ingin menunjukkan tanggungjawab sebenar
sebagai seorang isteri ialah melayan suaminya dan menjaga maruah suaminya.
mencari nafkah dan rezeki tu merupakan
tanggungjawab suami. so, kalau ikutkan isteri hanya stay kat rumah dan layan
suaminya sebaik mungkin.
tapi, berdasarkan keadaan sekarang kebanyakan
isteri sekarang berkerjaya. dan ramai juga suami yang jadi mr,. mama.
kenapa wanita berkeluarga sekarang perlu
kerjaya???
- untuk membantu suami dalam perbelanjaan
seharian. kos hidup sekarang tinggi, so, kalau nak harap gaji suami memang tak
cukup... melainkan suami tu a*** p******... nak buat belanja sendiri pun
ngam-ngam je... belum kira belanja anak-anak lagi... parah...
- sebagai back up untuk diri sendiri... manalah
tahu, jodoh tak panjang... at lease, wanita tu ada juga sumber kewangan untuk
sara diri dia...
isteri perlu minta keizinan suami untuk bawa
orang masuk rumah supaya tidak akan mendatangkan fitnah kepada si suami
isteri... manalah tahu si isteri ada projek sampingan kat belakang suami...
sebab tulah suami perlu tahu siapa yang diajak masuk ke rumah...
p/s : sekarang ni susah nak cari suami dan
isteri yang mithali...
No comments:
Post a Comment