Sunday, April 8, 2012

UUM - UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA




Lepas lulus STPM, aku pun dapat offer sambung study kat UUM, Sintok... UUM - Universiti Pengurusan Terkemuka... Tapi aku rasa motto UUM ni tak cukup power untuk tarik bakal2 mahasiswa kat Malaysia ni...

Sebab apa aku cakap macam ni... Majoriti student yang sambung study kat UUM ni menyatakan yang UUM ni bukan pilihan utama dorang... Biasanya UUM ni jadi pilihan ke-6, ke-7 atau ke-8... Aku pun tak tau kenapa...

Aku pulak punyalah bersemangat letak UUM ni kat pilihan pertama... Padahal aku pun bukanlah "kenal" sangat dengan UUM ni... Tapi, sepanjang dah 2 tahun aku study kat sini, aku rasa UUM ni not bad... Sebab tu lah aku hairan kenapa UUM ni tidak menjadi pilihan bakal2 mahasiswa untuk sambung degree... BTW, UUM ni tak ada diploma... Memang semua mahasiswa kat sini bakal pemegang sijil ijazah...

So, untuk entri kali ni aku nak ceritakan sedikit keistimewaan UUM yang akan membuatkan sesiapa yang tak memilih UUM ni jeles (jeles ke???) :

1- LITAR GO KART

Litar go kart UUM
- Jangan tak tahu yang kat UUM ni ada litar go kart... Apa yang bestnya, student2 UUM pun diberi peluang untuk try pandu go-kart ni... Tapi kena bayarlah kan... Mana ada benda percuma kat dunia ni... Kalau tak silap aku student kena charge RM5.00 untuk 3 pusingan... RASANYALAH... Aku pun tak pernah try... So, bolehlah cuba...





2- KANDANG RUSA

Kandang rusa UUM
 - Motiff aku letak kandang rusa antara keistimewaan UUM??? Untuk sesiapa yang meminati atau tak kenal rupa rusa, korang bolehlah singgah kat kandang rusa ni untuk melihat rusa secara live & dengan lebih dekat...









3- EDC UUM


EDC UUM
- Aku pun tak sure apa maksud EDC ni, tapi EDC ni merupakan salah satu jabatan dalam UUM ni... EDC ni hotel sebenarnya... korang akan jumpa EDC dulu sebelum korang sampai ke UUM ni... EDC ni berperanan dalam menyediakan tempat penginapan untuk student, family student @ orang luar... So, bolehlah tempah bilik kat EDC ni time pendaftaran, time konvo, time seminar dll... EDC ada tawarkan pakej2 yang menarik... Papehal tengok website EDC untuk keterangan lanjut... Keselesaan anda dijamin...



4- DEWAN PENGINAPAN PELAJAR (DPP) @ KOLEJ


Antara suasana di DPP
- Apa lagi yang istimewanya UUM ni... Semua student UUM ni (dari sem 1 hingga sem akhir) akan stay kat dalam UUM ni sampai habis study... Kat UUM ni ada banyak DPP (aku tak ingat ada berapa) antaranya Bank Muamalat, YAB, Sime Darby, MAS, BSN, SME Bank, Bank Rakyat, Tradewind dll... Ada jugak yang stay kat luar tapi biasanya yang duduk kat luar ni anak staf UUM...




5- LIBRARY @ PERPUSTAKAAN


- Library kat UUM ni namanya Perpustakaan Sultanah Bahiyah... Apa yang specialnya, library ni besar sangat sampai aku pun tak habis teroka lagi... Start sem ni, bangunan library yang baru dah dibuka... Bangunan tu sama besar dengan bangunan yang sedia ada tu... Aku pun tak try masuk lagi... Tah2 boleh sesat kut...






6- PUSAT SUKAN


- Walaupun tak sebesar Stadium Bukit Jalil, tapi bolehlah nak menampung student2 UUM untuk beriadah... Macam2 facilities ada... Korang boleh berbasikal, jogging, main futsal, netball, bola keranjang dll... UUM dah sediakan kawasan yang cukup luas untuk student2 UUM bersukan...







7- PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI @ PKU


- Disebabkan lokasi UUM ni yang agak jauh daripada pekan, maka UUM dah sediakan PKU untuk student2 UUM dapatkan rawatan kesihatan... Tak banyak yang aku boleh cerita pasal PKU ni sebab aku pun jarang singgah ke PKU ni... At least, dengan adanya PKU ni, kesihatan student kat sini lebih terjamin... (???)






8- MASJID


 - Kat UUM ni ada 2 buah masjid _ Masjid Bukit Kachi dengan Masjid Sultan Badlishah... Maaflah kalau nama masjid ni salah... Masjid ni memang besar & muat untuk menampung student2 Islam untuk solat berjemaah... deKat dengan masjid Sultan Badlishah ada Pusat Islam yang aktif menjalankan aktiviti2 kerohanian untuk student2 Islam...
Masjid Sultan Badlishah

Masjid As-Syafiee, Bukit Kachi



Pusat Islam UUM


9- DEWAN KULIAH GUGUSAN @ DKG

Di DKG 3
- Kat UUM ni ada 6 buah DKG... Dalam 6 buah DKG tu ada lagi anak2 dia... Itu tak termasuk bilik2 kuliah yang lain... Apa yang istimewa pasal DKG ni ialah suhu air-condnya yang boleh mengeringkan kulit kita... Tapi tak semualah... Ada yang air-condnya hampeh gak... Jarak antara DKG dengan bilik kuliah lain yang agak mendera kaki boleh menjamin berat badan yang ideal kerana tiap2 hari kita akan buat excercise secara spontan...



10- DEWAN MUAZZAM SHAH @ DMAS



- Kat sinilah segala upacara2 besar akan dijalankan... Aku tak taulah DMAS ni muat berapa ramai orang tapi memang agak besarlah jugak... Korang kena try masuk dulu baru tahu macam mana besarnya... DMAS ni jugak akan menjadi tumpuan student time musim exam sebab DMAS ni akan jadi dewan exam yang utama...

Luar DMAS
Dalam DMAS




11- PUSAT KEGIATAN PELAJAR @ PKP


Dewan di PKP baru
- Start sem nilah baru aku berkesempatan menjejakkan kaki le PKP ni... PKP ni  berfungsi untuk sediakan tempat yang sesuai untuk student buat group discussion... Memang terbaik...










12- PEMANDANGAN


- Kalau nak cerita pasal pemandangan memang speechless... Sesungguhnya ciptaan Allah memang indah... UUM ni antara universiti yang jauh daripada kesibukan kota... Udaranya pun bersih & iklimnya agak lain dengan iklim khatulistiwa...


Pemandangan ciptaan manusia
Pemandangan di gate utama
Logo UUM

Kalau nak cerita pasal istimewa ni memang panjang... Ada lagi, cuma malas je nak cerita... Kat UUM ni pun ada Varsity Mall, ada tasik untuk aktiviti kayak, ada kandang/ladang kuda, ada kem PLKN Sintok, ada padang golf, Pusat Budaya & Seni dll...

Tujuan aku cerita pasal UUM ni ialah supaya dapat tarik minat bakal2 mahasiswa ni untuk pilih UUM ni sebagai diorang punya next destination untuk sambung study... Aku jugak berharap yang info2 ni dapat delete segala persepsi negatif orang2 luar pasal UUM ni... Don't worry... UUM ni tak ada pun masalah air macam yang orang luar cakap...

Aku, mewakili student2 UUM berharap yang orang2 kat luar sana hentikanlah persepsi negatif @ gosip2 liar pasal UUM ni... Kitorang kat sini cuba untuk mensyukuri segala kemudahan yang diberi...

Aku tau nanti korang akan cakap yang aku ni "masuk bakul angkat sendiri"... Tapi siapa lagi yang harus bangga dengan UUM ni kalau bukan student UUM ni sendiri... Bukan tak ada kelemahan... Ada, cuma aku je yang tak nak cerita... Biarlah warga2 UUM je yang tahu... 

OK, meh aku belanjan korang gambar2 suasana/building yang ada kat UUM ni...

Di dalam Dewan Tan Sri Othman (DTSO)

Pusat Ekuin @ kandang kuda

UUM Colgis - College of Law, Government & International Study

UUM COB - College of Business

UUM CAS - College of Art & Science
    
Kelab Golf & Rekreasi UUM (KGRUUM)

Padang golf

Suasana dalam Pusat Sukan UUM

Varsity Mall UUM

Sepanjang laluan ke mall & library

Suasana dalam Masjid Sultan Badlishah

Kem PLKN Sintok

Pusat Budaya & Seni (PBS)

5 comments:

  1. thanks bebanyak kak..info ni sangat membantu dalam iv saya

    ReplyDelete
  2. Thanks kak. Cuma nk tanya.. 1.Penempatan DPP bagi pelajar Teknologi Maklumat di mana ye ? 2.Pengurusan dan keberkesanan di UUM ok tak ? haha... Tu sahaja pertanyaan saya.

    ReplyDelete
  3. Cool and that i have a swell offer you: Whole House Renovation Cost Calculator home renovation construction

    ReplyDelete