Lately ni tetiba pulak idea nak menaip
mencurah2 ke keyboard laptop ni...
So, untuk entri kali ni aku terasa nak cerita
pasal feveret aku... Lebih tepat lagi radio feveret aku...
Ramai orang kat luar sana lebih suka dengar HOT
FM, ERA FM, SINAR FM, SURIA FM, HITZ.FM dll... Tapi aku prefer dengar XFM...
Pelik ke kalau aku suka dengar XFM??? Ramai kawan2 aku cakap XFM putar lagu
merepek (what the)... At least, XFM tak putar lagu Indonesia...
Aku tahu XFM tu taklah sehangat HOT FM &
aku tau bukan semua rakyat Malaysia ni pernah dengar pasal XFM ni...
OK, kita belajar sejarah sikit... XFM ni
asalnya dikenali sabagai XFRESH FM - merupakan stesen radio remaja yang
memutarkan 100% MUZIK MALAYSIA... Diwujudkan pada 2001 sebagai portal komuniti
remaja yang memulakan siaran pada tahun 2004... (http://www.xfm.com.my/#)...
Tapi aku start dengar XFM tahun 2005...
2004 - 2012... Satu tempoh yang cukup lama
untuk sesebuah produk tu berdiri teguh kat market... Tapi kenapa XFM masih
kurang dikenali??? OK, skunk ni aku nak cerita sikit pasal life cycle XFM ni...
Rizal / Dina / Shaz / Burn / Adifashla |
Time zaman2 XFM baru nak lahir, XFM dibarisi
oleh 1st hand (kut) punya DJ radio (bukan drpd DJ2 yang fofuler) :
# Johan Farid Khairuddin (JFK)
# Linda Juliana (Julia)
# Ahmad Zuwairi (Zizie)
# Abdul Muiz Sadeq (Rex)
# Adifashla
# Mohd Rizal (Rizal)
# Rueben Thevandran (Burn)
# beberapa nama lagi yang tak dapat dikesan
Time ni slot malam - Zon Planet Xfresh yang
menggandingkan Julia & Adifashla memang meletop... Kiranya time ni zaman
kegemilangan XFM lah sampai Adi & Julia tercalon dalam ABPBH untuk kategori
penyampai radio fofuler (tak ingat tahun bila)... DJ2 lain pun syok jugak &
depa pun ada followers tersendiri...
Lagu2 yang diputarkan pun memang layan... Kat
XFM nilah aku belajar dengar lagu2 underground/independent & kenal dengan
Meet Uncle Hussein, Bittersweet, Brainstewz, Bau, The Rebel Scum dll band yang
sekarang ni dah pun dikenali...
Masa berlalu dengan pantas, sorang demi sorang
DJ2 tinggalkan XFM... Patah tumbuh hilang berganti... :
# Syarifah Nurdina (Dina)
# Muhd Fadzelee (Ollie)
# Hunny Madu
# Shaz
# Shac
# Cham
# Khairil Rashid (Krill)
# Noor Azlena (Noor)
# Haniff
Time ni XFM tengah terumbang ambing sebab
pemergian Julia telah memberi impak terhadap slot utama (ZPX)... Adi & Shaz
pun jadi partner untuk slot ZPX... Tapi tak lama lepas tu Adi telah ditukarkan
ke ERA FM...
Lepas tu Dina & Ollie bergandingan untuk
slot ZPX... Baru syok2 nak dengar Ollie pulak angkat kaki... Then, ZPX hidup
semula dengan gandingan Burn & Hunny Madu kat ZPX... Pun tak lama jugak
bila Hunny Madu pindah ke Fly FM...
Lepas tu XFM & ZPX jadi hot balik bila Burn
& Cham digandingkan untuk slot ZPX... Depa memang syok & kelakar...
Time ni jugaklah berlaku perpindahan kontroversi di mana Krill telah
dipindahkan dari ERA FM ke XFM... Krill bergandingan dengan Noor untuk slot
petang... Time tu Krill fofuler dengan "Super K"... Walaupun aku tak
minat Krill tu tapi, dia not badlah... Time ni aku dapat rasakan XFM mula
bernafas dengan sempurna...
Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya
hujan di tengah hari... Burn, Cham, Noor & Krill pergi berhijrah daripada
XFM... XFM kembali diserang semput... Kini operasi menyelamatkan XFM terletak
dibahu Dina yang bergandingan secara berkala dengan Shac, Shaz, Smek &
Haniff (aku pun ingat2 lupa)... Time tu, XFM pun dah suam2 kuku disebabkan oleh
kekurangan DJ radio... Tapi, aku setia mendengar, walaupun time tu lagu2 yang
diputarkan pun agak hampeh sebab makin banyak lagu2 mainstream yang
diputarkan...
Sekali lagi patah tumbuh hilang berganti bila :
# Natasha Aimee (Aimee)
# Ray
dihantar oleh ERA FM untuk menceriakan lagi
suasana kat XFM...
Haniff & Ray - dalam kenangan |
Gabungan antara Dina & Aimee di slot ZPX
hampir menumbuhkan bunga2 cinta tapi tak beberapa nak menjadi sebab kurang
baja... Perpindahan Ray ke XFM memang satu anugerah bila gandingan Ray &
Haniff di ZPX meletops... Gandingan depa memang betul2 menjadi... Tak lama
lepas tu XFM telah membuat perubahan besar2an di mana slot utama ditukar ke
pagi - Ra'yat Pagi X yang masih menggandingkan Ray & Haniff...
Time ni nama XFM meletup2 macam popcorn bila
XFM start merebakkan muzik2 buatan Malaysia (especially band2 indie) dengan
penganjuran X-GIG ke seluruh Malaysia... Kesemuanya X_GIG ni mendapat sokongan
& sambutan yang tak disangka daripada kaki gig... Nak2 time tu band/muzik
indie tengah hangat diperkatakan... Time nilah XFM cuba untuk memperkenalkan
band2 yang ada potensi macam Bunkface, Killeur Calculateur, Stereo Sakit,
Statik, The Bourjuis, Komplot dll
X-GIG KL |
X-GIG SEREMBAN |
X-GIG IPOH |
X-GIG JB |
Tapi sekali lagi ku sangkakan panas sampai ke
petang, rupanya hujan di tengah hari bila Ray & Haniff dipindahkan ke ERA
FM... XFM kembali bergolak dengan masalah kekurangan DJ bila hanya tinggal
Shaz, Shac, Aimee & Dina untuk berjuang menceriakan listener XFM... XFM
kembali suram...
Aimee / Shac / Shaz / Nana |
Tak lama lepas tu, ERA FM telah menunjukkan
sifat baik hatinya dengan menghantar Nana ke XFM dengan harapan boleh menaikkan
nama XFM (kononnya)... Agak fofulerlah sekejap nama XFM dengan perpindahan
kontroversi ni... Shac & Ira telah menggalas tugas dalam slot RPX... Maka, XFM
kembali ceria dengan kerenah depa yang suka bergaduh... Time ni jugak, XFM
fofuler dengan segmen "Brader Lev"...
Tapi, sekali lagi ku sangkakan panas sampai ke
petang, rupanya hujan di tengah hari bila ERA FM telah merekrut Dina, Shac
& Ira untuk kerja kat ERA FM... Shaz pulak hilang tanpa jejak... Hatiku
luka... Dan Feeya datang untuk megubati luka...
Feeya |
XFM semakin kelam... XFM terus ditimpa malang
bila Nana decide untuk tarik diri daripada XFM dengan alasan untuk fokus kat
family... Feeya pulak dipindahkan... Maka, tinggallah Aimee seorang yang masih
setia menghiburkan listener XFM...
Malang terus menimpa XFM bila sekarang ni dah
tak ada langsung suara DJ berkumandang... Tak percaya??? Korang boleh try bukak
& dengar sehari suntuk... Kalau ada pun time iklan2 lama... Aku betul2
kecewa dengan apa yang telah menimpa kat XFM ni...
Di mana salahnya??? XFM tak pernah dibenarkan
untuk berdiri gah dengan radio2 lain... Kekuatan (DJ) mereka diragut oleh depa
yang tak kasihankan listener XFM... Baru nak naik, DJnya ditarik, habis
terencat pengaruh XFM...
Come onlah, Astro & AMP Radio Network, XFM
boleh berdiri teguh kalau XFM diber peluang... Jangan ganggu proses
perkembangan... Aku memang dah lama perhati... XFM dah macam anak tiri...
Memanglah tak mungkin kalau nak fight dengan HOT FM sebab target listener pun
berbeza... Biarlah XFM jadi NO. ! di hati kami (pendengar setia yang muda
remaja)...
Aku harap XFM terus bernyawa... Aku sayang XFM
sebab XFM lah yang kenalkan aku dengan depa yang berbakat macam SSK, TheAzenders, Coda, Grey Sky Morning, Monoloque dll (kalau nak sebut semua memang
panjang entri ni)... XFM nilah yang tolong putarkan lagu2 yang hanya didengar
dengan sebelah telinga oleh rakyat Malaysia...
walaupun XFM suka ulang2 lagu yang sama banyak
kali, AKU TETAP SAYANG XFM...
Frekuensi |
Akhir kata dari aku :
SSK - Benci
Teringat dulu, ikut siaran ujian XFM (masa tu dikenali varia fm) mmg best, smpai la namanya jd xfreshfm. smpaila jd xfm, last2 2016.. dh tutup sepenuhnya walaupon online.. sedihnya
ReplyDeleteSayanglah sebab XFm ni dikira platform untuk bakat-bakat baru. Nak harap radio 'main stream' hmm... .
ReplyDeletexfm lah yg membawa ak mnt band indie
ReplyDeletehhhhmmmmm.... rindunyaaa
ReplyDeleterindu siot xfm. dulu layan indie kat situ time sekolah aduih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam, ada siapa2 yg masih ingat tajuk2 lagu kat xfresh fm dulu... Yg ingat cuma ku berlari dngan lagu kucingku akid tu ...haha yg lain tak ingat da T_T
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=gs4j3A8iWO8
DeleteAk hmpir lupa kewujudan xfm ni..padahal ak slalu dgr dulu tiap2 mlm..ak x suka hot dgn era sbb byk mainakn lgu2 indon..
ReplyDeleteSo xfm ni xde sebab kekurangan dj agak2 xfm ni boleh bidup balik tak adoi
ReplyDeleteAku pun rasa kecewa bila xfm takda lg keudara. Hari2 aku dgr masa dulu. Klu bukan sbb xfm aku tak kenal band indie ni. Saban hari aku tunggu kemunculan xfm kembali bernafas mcm dulu. Lain radio tak leh masuk dlm jiwa la. Please la come back.
ReplyDelete