Semalam kecoh satu Asia bila gempar bumi telah
melanda bumi Acheh sekali lagi... Malaysia juga tak ketinggalan terkena
tempiasnya... Kebanyakan negeri2 di pantai barat dan utara Malaysia boleh rasa
gegaran...
Aku pun tak ketinggalan rasa gegaran tu kat
Kedah ni... Masuk ni dah 2 kali aku dapat rasa earthquake ni... Experience
pertama kali time dekat asrama kat Tanjung Karang... Time tu the worst gempar
bumi + tsunami yang hentam Acheh...
So, masuk yang ni kali kedualah... Semalam aku
dapat rasa 2x gegaran... Yang pertama sekitar pukul 4++ ptg & gegaran kedua
sekitar pukul 6++ ptg... Gegaran tu berlaku lebih daripada seminit... Memang
terasa...
Time gegaran tu aku perasan yang kerusi aku duduk
ni bergoyang2... Disebabkan aku duduk sorang2, aku pun mulalah fikir bukan2...
Aku ingat ada "orang" yang goyangkan kerusi aku ni... Aku cuba
berlagak cool & buat tak tahu... (dalam hati dah cuak sebenarnya) Lama
gaklah kerusi aku tu bergoyang sendiri...
Then, bila aku bukak FB, depa semua dah kecoh2
pasal gempa bumi kat Acheh... Kedengarannya agak teruk gempa bumi yang melanda
kat Acheh tu... Amaran tsunami pun dikeluarkan termasuklah untuk Malaysia &
negara2 lain...
Aku terkesima sekejap... Rupanya yang
menggoncang kerusi aku tu gempa bumi... 2x kut gegaran tu... Kita boleh nampak
kuasa Tuhan... Walaupun gempa bumi tu berlaku kat Acheh tapi, Kita yang dekat
Malaysia pun boleh terasa... Cuba kita (rakyat Malaysia) imagine kalau
Indonesia tak ada... Apa yang berlaku kat Acheh tulah yang akan berlaku kat
malaysia...
Indonesia "pelindung" untuk Malaysia |
Walaupun gegaran tu agak kuat, tsunami tidak
melanda Acheh (Alhamdulillah)... Amaran2 tsunami kat Malaysia, Thailand &
negara2 lain pun turut ditarik... Even, UUM ni jauh daripada laut, aku tetap
cuak dowh... Takut pape jadi susah, aku dahlah stay sorang2 sekarang ni...
Alhamdulillah, tak ada pape yang jadi...
Selepas Jepun, tsunami nyaris2 nak melanda
Acheh... Banyak sudah amaran daripada Allah untuk hamba-Nya... So, sudah
sampainya kita muhasabah diri kita sebelum terlambat...
Semoga saudara2 kita di Acheh selamat
hendaknya...
Ehsan KBBUTV3 |
No comments:
Post a Comment