28 April 2012, Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia
telah beramai-ramai membanjiri kota KL untuk menyertai Perhimpunan Bersih
3.0... Perhimpunan ni telah mendapat liputan yang luas sama ada dalam negera
& luar negara... Popular sekejap Malaysia...
Aku malas nak cerita pasal perhimpunan ni
secara panjang lebar sebab semua tu kita boleh baca kat paper atau dekat
internet... Lagi pun, bukannya aku join pun
perhimpunan BERSIH 3.0 tu... So, aku tak naklah cerita benda yang aku
tak tau...
Apa yang aku nak cerita ialah lebih kepada
ulasan atau pendapat aku secara peribadi apa yang berlaku masa Perhimpunan
BERSIH 3.0 tu...
1- PROVOKASI - Time mula-mula aku baca berita
pasal kekecohan yang berlaku kat Perhimpunan BERSIH 3.0 tu aku agak terkejut
beruk... Sebab para peserta Perhimpunan BERSIH 3.0 dah start berkumpul sejak
malam 27 April 2012... Kalau ikut logik la kan, kalau dorang datang Perhimpunan
BERSIH 3.0 tu sebab nak buat kecoh, dah lama dorang buat... Kalau bukan malam
pun, pagi-pagi 28 April 2012 tu pun sepatutnya dah kecoh...
Kebanyakan video-video semasa perarakan (pagi -
petang) yang diupload pun tak menunjukkan suasana yang tegang... Dorang just
berarak sambil melaungkan reformasi... Then, tiba-tiba suasana jadi tegang dan
berlakulah pergelutan, adegan kejar-mengejar, pukul-memukul, jeritan sana
sini....
Mesti ada punca disebalik kekecohan yang
berlaku... Tapi, siapa & apa yang menjadi puncanya???
2- ADEGAN PUKUL MEMUKUL - Aksi 18SG lebih
menjurus kepada antara polis & peserta... Ada jugak aku tengok video
peserta pukul polis, tapi tak banyak... Sama ada video tu tak diupload @ memang
tak banyak...
Aku sedih & pilu bila tengok video polis
pukul peserta beramai-ramai... Bukan 1-on-1 tapi, 1-on-10... Aku tertanya-tanya
dan mempertikaikan tindakan polis pukul peserta sedemikian rupa... Lepas tu,
pukul bukan pakai tangan kosong (pakai kayu kut)... Nak cerita memang
speechless...
Banyak tindakan polis yang boleh
dipertikaikan... Contohnya, kenapa mesti polis nak rampas kamera wartawan???
Ianya masih menjadi tanda tanya...
3- SEMBURAN & TEMBAKAN - Nampaknya apa yang
berlaku masa Perhimpunan BERSIH 2.0 langsung tidak memberi kudis kepada dorang...
Hasil pembacaan aku, FRU telah membuat semburan water cannon & gas pemedih
mata diluar lingkungan kawasan & bukan pada masa yang sepatutnya... Aku pun
lupa kat mana tapi, bukan dekat area Dataran Merdeka (kawasan yang tak
dibenarkan masuk) & masa tu pun dikatakan perhimpunan BERSIH 3.0 sudah pun
bersurai...
Aku pun malas nak komen lebih-lebih sebab aku
tak ada kat sana... Manalah tau sumber yang aku baca tu just reka cerita ke...
Kalau betul apa yang dikata, maka apa yang berlaku tak sepatutnya berlaku...
4- KEMALANGAN - Kecoh bila dikatakan polis
telah melanggar peserta perhimpunan... Aku ingat tu just gossip liar...
Rupa-rupanya kisah benar... Dikatakan beberapa peserta telah mengalami
kecederaan... Polis tu pula hendak dibelasah oleh peserta yang lain & turut
cedera... Paling kesian kat kereta tulah... Proton Waja polis tu habis remuk...
Dalam kes ni aku tak taulah nak salahkan siapa... Kita dengar apa kata saksi
& nilaikan sendiri...
5- SATU MALAYSIA - Masa perhimpunan BERSIH 3.0
ni kita boleh tengok the real SATU MALYSIA... Masa perhimpunan tu kita boleh
tengok semua peserta tanpa mengira kaum bersama-sama berarak... Nampak harmoni
je... Masa kekecohan tu berlaku pun, dorang saling menolong antara satu sama
lain... Sejuk sikit mata memandang... Dorang juga mempunyai keinginan yang sama
- pilihan raya umum yang bersih...
Mungkin aku dilihat agak cenderung ke arah
pembangkang, tapi aku cuba untuk tidak berpihak kepada sesiapa... Jadi, aku
boleh buat penilaian & pemerhatian yang adil... Bukannya aku tak suka
dengan goverment, tapi sekarang ni pun lebih banyak cerita buruk daripada baik
yang keluar pasal pemerintah sekarang... Semua ni telah menggugat kepercayaan
& keyakinan aku...
Terus-terang aku cakap, aku suka baca blog-blog
pro-pembangkang daripada pro-kerajaan... Sebab blog pro-gov ni lebih suka
mencaci dan membuat kesimpulan tanpa ada bukti & fakta... Blog pro-pembangkang
pulak lebih cenderung untuk menggunakan tatabahasa BM yang betul dan ulasan
dorang jugak diperkuatkan dengan bukti & fakta (tapi, tak tahulah kalau
Bukti & fakta tu palsu @ hanya rekaan).... INI CUMA PENDAPAT AKU...
Artikel menarik hati :
Artikel terbaik setakat ni :
Video Pilihan :
P/S : Berada dalam tampuk pemerintahan yang
terlalu lama kadang-kadang akan menyebabkan pemerintah tu menjadi angkuh &
takbur... Peace!!!
No comments:
Post a Comment