Wednesday, March 7, 2012

Politik Oh Politik


Hari ni terdetik hati aku untuk tulis something pasal “politik” kat Malaysia ni… aku bukan ada niat untuk mengkritik mana-mana pihak, aku just menterjemahkan apa yang ada dalam akal fikiran aku ni dalam bentuk kata-kata…

Lately ni, aku tengok politik kat Malaysia memang panas… pihak kerajaan dengan pihak pembangkang bangkit untuk mempertahankan pArti masing-masing… tapi yang tak bestnya, diorang berpolitik secara tidak sihat…

Tidak sihat macam mana yang aku maksudkan ni??? Maksud aku diorang ni bukan berlumba-lumba nak baiki kelemahan diri tapi berlumba-lumba untuk menjatuhkan dan memburukkan orang lain… pihak sini mengata pihak sana, pihak sana mengata pihak sini…

Aku sarankan supaya mereka ni focus je kat kerja masing-masing… sebab daripada diorang duk melayan “fitnah” yang dilemparkan, lebih baik diorang turun padang untuk membela nasib rakyat… Banyak lagi rakyat Malaysia ni yang nasibnya tak terbela…

Cakap pasal nasib rakyat yang tak terbela ni teringat pulak aku kat rakyat oku daripada Sarawak yang ditarik balik bantuan hanya disebabkan beliau penyokong tegar pembangkang… aku hanya mampu menggelengkan kepala bila aku baca berita ni…----->>>>http://terbakor.com/2012/03/09/bantuan-kepada-lelaki-oku-diberhentikan-kerana-dia-menyokong-parti-lain/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bantuan-kepada-lelaki-oku-diberhentikan-kerana-dia-menyokong-parti-lain#axzz1ofatti1e

Macam tu jugak dengan kes kerajaan persekutuan tidak akan menyalurkan sebarang bantuan untuk mana-mana negeri di bawah pemerintahan pembangkang… time aku belajar pengajian am kat form six dulu tak ada pulak aku baca fakta yang mengatakan kerajaan tak akan tolong negeri pembangkang… well, maybe Malaysia je kut yang amalkan system pengurusan yang pelik ni. Btw, rakyat kat negeri pembangkang ni pun bayar cukai kat kerajaan jugak… so, dekat duit yang kerajaan peruntukkan untuk negeri-negerinya tu ada hak-hak rakyat negeri pembangkang… so, lu pikirlah sendiri…

Mestilah aku terasa sebab aku duduk kat Selangor… tapi so far ok lah kut pr memerintah… maybe aku ni bukan golongan yang berkepentingan dalam parti politik so, aku tak kisah pun sebenarnya siapa yang memerintah… janji pemerintah tu mestilah tahu nak memerintah, bukan tahu cakap je… bak kata orang muda-muda, cakap macam ribut, buat macam kentut…

Kalau nak cakap pasal politik ni, sampai bila-bila pun tak akan habis… aku just taip mana yang sempat dan yang tetiba terlintas kat paleotak aku ni… nak tulis banyak-banyak nanti terserlah pulak kebodohan aku dalam politik… al-maklumlah, aku ni just student u… kalau komen lebih-lebih nanti kena auku… (eh, dah macam pantun pulak)

Btw, sebelum entry kali ni tamat, aku just nak share cerita tentang hakim yang berhati mulia kai Indonesia… bukan semua orang Indonesia tu jahat… mungkin ada yang dah pernah baca so, untuk yang belum pernah baca boleh lah baca kat SINI --> http://terbakor.com/2012/03/09/bantuan-kepada-lelaki-oku-diberhentikan-kerana-dia-menyokong-parti-lain/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bantuan-kepada-lelaki-oku-diberhentikan-kerana-dia-menyokong-parti-lain#axzz1ofatti1e

p/s : aku bangga kalau kat Malaysia pun ada hakim/ pemerintah yang berhati mulia macam beliau…

JUST KIDDING





No comments:

Post a Comment