Tetibe je malam ni rajin nak buat entry baru... Sebab malas
nak belajar...
BTW, malam ni aku nak merungkaikan 6K dalam hidup kita...
1) KELUARGA
Setiap manusia kat dalam dunia ni ada keluarga sendiri...
Tapi, kenapa kita jarang sangat nak ambik berat pasal keluarga bila kita dah
bekerja/berjaya... Bila poket dah penuh dengan duit, mak ayah tah kemana,
adik-beradik pun dah tak kenal, saudara mara pun dah tak nak mengaku...
Keluarga saja golongan manusia yang akan sentiasa menerima kita bila mana
masyarakat dah tak nak ambik tahu pasal kita... Semakin jauh kita buang mak
kita, semakin dekat kita di hatinya...
2) KAWAN
Setiap orang mesti sekurang2nya ada seorang kawan... Hidup
kita sentiasa dikelilingi dengan kawan-kawan... Kita pun prefer share masalah
dengan kawan daripada share dengan keluarga... Tapi, berapa kerat sangat kawan
kita yang betul-betul kita boleh panggil "KAWAN"... Banyak sekarang
kes kawan makan kawan (dah tak ada benda lain nak makan ke?)... So,
berhati-hatilah memilih kawan... Pilihlah mawan yang boleh survive dengan kita
dalam susah & senang...
3) KEKASIH
Jiwa muda kita sentiasa nak disayangi & menyayangi...
Nak berkasih boleh, tapi biarlah kena dengan caranya... Ikutlah cara berkasih
yang digariskan oleh agama Islam... Kenapa mesti nak ikut cara barat yang tak
berapa bertamadun tu??? Perlu ke melarat sampai bermukah, pregnant & lepas
tu buang anak???
4) KERJA
Bila kita dah habis belajar, secara automatiknya kita akan
mencari kerja... Tak ada kerja, maka tak adalah duit... Sebab tulah, pak cik
& mak cik yang sepatutnya dah bersara, tak nak bersara... Tak ada sumber
pendapatan nanti katanya... So, kita yang muda-muda ni memang tak ada chance
lah nak kumpul duit nak buat belanja kawin... Yang semangat nak kerja tak dapat
kerja, yang dah ada kerja pulak malas nak kerja... So, typical Malaysian...
5)KAHWIN
Siapa yamg tak ada rasa nak kawin tu ada kemungkinan tak
berapa nak normal... Umat Islam digalakkan berkahwin supaya mengikut sunnah
Nabi, mengelakkan maksiat & dapat meramaikan umat Islam... Tapi, sekarang
ni orang anggap kawin ni benda main-main... Sukehati je kawin-cerai...
Berkahwin tu sesuatu yang mulia so, peliharalah rumahtangga kita sebaik mungkin...
6) KEMATIAN
Semua orang takut mati... Bila malaikat Izrail datang nak
cabut nyawa kita, kita memang dah tak boleh nak buat pape dah... Time tulah nak
menyesal & menangis keluar air mata darah sebab dah mensia-siakan hidup
tanpa amal jariah... Mati tak kenal usia, pamgkat atau berapa banyak harta
kita... So, bertaubatlah daripada sekarang sebelum terlambat...
# Hasil maklumat daripada majalah Ujang edisi 254...
No comments:
Post a Comment