Apa yang aku belajar pagi tadi masa kelas kerohanian benar2
telah menyentap hati aku... Kitorang belajar pasal kematian... Time intro untuk
tajuk tu, Ustaz Syahril ceritakan perbezaan mati, bangkai, jenazah &
mayat...
Apa yang menariknya ialah Ustaz Syahril cerita pasal saat2
kewafatan Nabi Muhammad s.a.w... Ni bukanlah first time aku dengar & aku
pun sure korang pun mesti dah banyak kali dengar... Just kali ni je aku dapat
nak share apa yang aku rasa...
Aku pun x tahu kenapa time ustaz cerita pasal kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w, hati aku rasa sebak lain macam... Rasa tersentuh sangat...
Mana x nya, seorang 'Habibullah' turut merasa kesakitan sakaratulmaut... Itu
pun malaikat Izrail dah habis lembut time tarik roh Rasulullah s.a.w... Sampai
malaikat Jibril pun x sanggup nak menatap wajah Rasulullah semasa roh baginda
ditarik... Link cerita kewafatan Rasulullah s.a.w yang penuh
-> http://tayibah.com/eIslam/Detik-detik_Terakhir.htm
Ustaz aku cakap kalau orang biasa yang berdosa macam kita
ni, malaikat Izrail pakai sentap je roh kita... Aku x boleh nak bayangkan macam
mana sakitnya... Kalau orang yang hidupnya bergelumang dengan dosa & x
sempat nak bertaubat apatah lagi...
'"Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa ingat
akan kematian..." Kenapa??? Supaya kita akan sentiasa mempersiapkan diri
dengan bekalan2 yang cukup untuk menghadapi hari akhirat... Kita cuba tanya
diri kita sendiri, "Dah cukup ke bekalan yang aku ada ni untuk menjamin
aku masuk ke syurga???" Adakah kita yakin semua amalan2 wajib yang kita
buat selama ni diterima Allah??? Kita cuba cermin diri kita & muhasabah
diri...
Gambat Hiasan |
Aku yakin semua orang kat dunia ni takut mati yakni orang
kafir atau pun orang Islam... KITA SEMUA TAKUT MATI... Kenapa??? Sebab kat alam
mati nanti kita akan keseorangan & tiada teman melainkan nikmat & azab
yang telah Allah janjikan kepada hamba-Nya... Nikmat & azab bukan bermula
kat syurga & neraka tapi ia akan bermula di alam kubur... Di alam kuburlah
kita akan merasai bekalan yang kita ada selama kita kat dunia...
Kita semua nampak yang manusia2 akhir zaman ni lebih
mementingkan duniawi daripada akhirat... X salah kalau kita nak cari harta atau
nikmat dunia untuk kesenangan hidup kita kat dunia... Biarlah niat kita tu
semata2 kerana Allah & bukan untuk menunjuk2 @ riak... Ingatlah, KEKAYAAN
TAK DAPAT MENJAMIN KITA UNTUK MASUK KE SYURGA... Nikmat dunia tidak wujud
melainkan hanya tipu daya semata2...
Syaitan & dajal akan mengumpan manusia dengan nikmat
dunia untuk mengumpan manusia supaya mengakui bahawa 'mereka' adalah Tuhan...
Jadi, jenis2 yang obses dengan harta & nikmat dunia senang2 je masuk
perangkap 'mereka'... Nikmat dunia hanya melalaikan kita & apa saja yang
kita buat di atas dunia ni ada batasnya, jadi kejarlah akhirat kerana ia kekal
selamanya...
Apa yang perlu kita buat supaya kita dapat melayakkan diri
kita untuk masuk ke syurga...
- Tunaikan Rukun Islam sebaik mungkin...
- Perbanyakkan amalan2 sunat & lakukan kebaikan...
- Mengikut segala perintah Allah & tidak lakukan
maksiat...
# semua point2 yang aku nyatakan ni sebenarnya kata2 Ustaz
Syahril tanpa
diedit...
# semoga apa yang aku post ni boleh korang jadikan ingatan
& secara x langsung
mengingatkan diri
aku sendiri supaya kita boleh muhasabah diri...
Gambar Hiasan |