Tuesday, October 11, 2011

Lagi-lagi Pesta Konvo...

Akhirnya aku berjaya jugak ambil masa nak menconteng kat sini... Untuk entri kali ni aku nak bercerita pasal pesta konvo UUM lagi... Tapi, cerita pasal konvo akan habis kat entri ni...

Sepanjang penganjuran pesta konvo ni, macam2 komen yang aku dengar... Of courselah ada pro & kontranya... Tapi yang sangat ketara ialah kontranya... Banyak pihak yang agak kurang berpuas hati dengan aktiviti2 yang dianjurkan terutamanya pasal artis2 jemputan...

Kehadiran Hujan & Bunkface ternyata mengundang rasa tidak senang warga2 UUM ni... Aku atas pagar, sokong x, bantah pun x (x ada pendirian)... Hal ni disebabkan, time Hujan perform tu, kebanyakan para penonton (yang majoriti student UUM) bagaikan dirasuk... Mereka terjerit2, terlompat2 dan segala2 ter lagi... Kebanyakan mereka mengkritik sikap2 student yang kelihatannya seperti x beretika (gila ayat)... Tapi x bolehlah kita nak terus cop student2 UUM ni x beretika sebab time Hujan perform tu, bukan student UUM je ada kat situ... Ramai juga orang2 luar yang datang tengok...

Aku nampak semuanya sebab aku ada kat situ, tapi time Bunkface aku x tengok... Tapi aku ada dengar cerita yang kurang enak pasal Bunkface... Mereka ada cerita pasal attitude Sam (vocalist) yang kurang sopan... Aku x nak komen banyak sebab aku x tahu apa2... Aku ada dengar jugak yang jumlah manusia yang datang time Bunkface perform tu ramai gila... Anda imaginelah sendiri...


Kehadiran artis2 nasyid telah menyejukkan situasi yang panas kat UUM ni... W/pun ada juga artis nasyid tu yang terkena tempias kritikan2 negatif pengkritik... Kehadiran Ella telah kembali menghangatkan suasana... Aku x nafikan perfomance Ella memang tip top... Aku pun suka w/pun aku bukanlah minat sangat kat Ella...

Bagi aku lah, masa pesta konvo nilah student2 boleh ambil kesempatan untuk lepaskan stress... Al-maklumlah, duduk kat hutan, apa sangatlah yang ada kat sini... At least, boleh jugak lah kitorang berhibur sekejap...


Bukan semua aktiviti2 yang dianjurkan x bagi manfaat kat student... Pihak penganjur ada buat pertandingan Battle of The Band, pertandingan menari, pertandingan forum hal ehwal Islam... Student2 pun diberi peluang untuk berniaga... Ada yang jual makanan, jual bunga dll... At least, dapat juga student2 UUM ni tunjukkan bakat terpendam mereka...

Semua benda ada bad side & good sidenya... X salah untuk mengkritik tapi kalau kita boleh memberi kritikan yang membina lagi cantek... Contohnya macam seorang penjaga kepada salah seorang student UUM ni yang telah menyatakan kekesalannya terhadap xtvt yang dianjurkan sempena pesta konvo UUM -------------------> http://www.malaysiakini.com/letters/177471

 Pada mulanya, aku pun terkejut jugak sebab banyak artis pulak artis yang dijemput... Aku cakap "banyak pula duit UUM ni... Time kena bayar cukai banyak pula bunyi"... X pasal2 UUM kena kutuk dengan aku... ..

Pape hal pun, kita janganlah jugde the book by its cover... Kita tengok dulu isinya... Kalau isinya boleh beri kebaikan dekat kita, maka bolehlah kita ambil... Nobody perfect... Begitulah juga dengan pihak yang bertanggungjawab menjayakan projek pesta konvo ni... Kita doakanlah semoga pihak yang akan uruskan next pesta konvo akan buat xtvt yang lebih bermanfaat untuk student2 UUM ni & akan lebih berjaya daripada sebelumnya...

p/s : Bak kata pepatah, "Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan"... Kita semua orang pandai, jadi kita boleh fikir mana yang baik & mana yang buruk...



No comments:

Post a Comment