Friday, August 30, 2013

Apa dah jadi ni, Selangor???


Kalau kat overseas sana depa tengah rancak pasal EPL, kita Malaysian pulak tengah “panas” dengan Piala Malaysia 2013… Banyak benda panas yang nak diceritakan especially prestasi Selangor FA… Apa sudah jadi ni, Red Giant??? Aku dengan Selangorean yang lain sangat support korang, tapi korang…

Kami kecewa...
Prestasi buruk Selangor kat Piala Malaysia 2013 telah menimbulkan tanda tanya kepada supporters tentang apa yang dah berlaku dalam team Selangor… Sampaikan bas yag membawa pemain dan pengurusan Selangor telah dikepung oleh 500 orang penyokong Red Giant selepas perlawanan menentang Sime Darby… Depa menyatakan rasa tidak puas hati terhadap persembahan yang ditunjukkan oleh pemain Selangor dalam kempen Piala Malaysia 2013… Kegagalan Selangor untuk beraksi cemerlang dalam Piala Malaysia 2013 jugak telah mendorong Irfan Bakti untuk meletak jawatan sebagai jurulatih Red Giant…  Tiga perlawanan yang dulu, Selangor hanya mampu mengutip 1 mata sahaja dimana seri bersama Johor FA serta tewas kepada ATM dan Sime Darby.

Adakah Selangor berada ditahap sebenar masa game Piala Malaysia atau sebaliknya??? Aku rasa team Selangor tak buat sehabis baik atau ada something yang menghalang depa untuk beraksi cemerlang… Tak logiklah naib juara Liga Super senang2 je kena “ayam” dengan team lain… There is something very suspicious is going on…


Aku dengar cerita ada bookie yang dah tetapkan result game2 Piala Malaysia ni… Tapi tak dapat disahkanlah kesahihannya… Kalaulah betul, TOLONGLAH HENTIKAN!!! Macam mana sukan kita nak maju kalau bookie2 ni berleluasa… Dan kat FB pun dah kecoh sebab supporters dapat tahu yang game Sime Darby vs Selangor tu dah dirancang… Kalau dah macam tu (bookie), hambiklah jurulatih atau player yang tip top sekalipun, memang tak kemanalah liga kita ni…  

Disamping tu, ada jugak supporters Red Giant yang menyalahkan pihak pengurusan Selangor FA atas apa yang dah jadi… Depa complaint yang management kurang concern tentang pembangunan & penambahbaikan team… Harap2nya management Selangor FA boleh perbaiki apa yang patut... Kalau nak salahkan player pun susah gak sebab kadang2 tu depa pun “terpaksa” ikut…



Diharapkan Red Giant boleh terus survive dalam Piala Malaysia 2013 ni… Semoga tuah mengiringi depa sampai ke final lah hendaknya… Diharapkan player2  & supporters Selangor tak mudah give up selagi MISI 33 belum terkubur…




p/s: Diharapkan pihak2 tertentu (FAM & SPRM) jenguk2lah apa yang berlaku dalam liga bola sepak kat Malaysia ni… Sibuk suruh orang support, tapi dianya sendiri tak cuba nak protect (liga Malaysia)… Sebab nampak sangat macam ada something yang mengganggu liga bola sepak kat Malaysia ni… Aku yang buduh pasal bola ni pun boleh detect ada sesuatu yang tak kena… So, diharapkan depa2 tu bolehlah buat apa yang patut… KJ, please do something…  

No comments:

Post a Comment