Friday, August 16, 2013

Bunyian Malaysia - 5forty2

Disebabkan aku selalu kekeringan idea untuk mengupdate entry2 terbaru, jadi aku just ambil jalan mudah dengan berkongsi lagu2 dan muzik2 feveret aku...

So, sebagai permulaan aku nak buat entri pasal salah satu group Hip-Hop kat Malaysia ni -"5forty2"... 5forty2 ni telah dilahirkan pada tahun 2003 dan masih aktif sampai sekarang... Sedikit background depa yang telah diceduk daripada facebook depa...

  
5forty2 ni terdiri daripada 9 orang rapppers yang berjantina lelaki iaitu Orfeus, RyFa, Phonic, G, CypherDefect, DMent, NaraMerah, Recordnice & Jazzy Day... 

Secara jujurnya aku bukanlah seorang pendengar @ peminat muzik bergenre Hip-Hop/Rap ni, tapi "kelainan" 5forty2 telah menarik minat aku untuk dengar bunyian depa... Even, depa menggunakan bahasa pasar dalam lagu depa, tapi bait2 lirik depa memang "makan dalam"...

Biasanya rappers & Hip-hoppers Malaysia lebih suka buat lagu dalam bahasa inggeris, tapi 5forty2 nilah antara pencetus Malay Hip-Hop/Rap kat Malaysia ni... Bagi aku tak ada satu pun lagu depa yang merapu which means setiap lagu depa ada maksud tersendiri & ada unsur2 sindiran...

Dalam banyak2 lagu depa ni, aku paling suka lagu PropGanda ngan lagu Jom Jadi Jenin... Even, lagu ProGanda tu berbau politik tapi aku suka sebab lagu tu jujur... lagu Jom Jadi Jenin tu pulak cuba untuk menceritakan kisah Jenin dari sudut positive...

Klik untuk dengar lagu PropGanda 
Lirik:
(alFaisal)
Monopoli siaran percuma dalam kotak TV
Jadi proksi pada kepentingan politik
Jadi jangan pelik kalau nampak berat sebelah
Kalau ada pun kebenaran cuma tinggal setengah
Suara aku bukan memihak memana parti
Cuma luah kejelikan terbuku dalam hati
Perhati media medium sebarkan propaganda
Kalau masih tak perasan memang sah kau tak pandang
Cuba tengok betul-betul bila tengok berita
Apa yang dipaparkan biasanya untungkan siapa?
Cara pandang dan persepsi diorang cuba tentukan
Kecik jadi besar yang besar jadi saiz kuman
Makin menjadi-jadi bila pilihanraya
Media massa jadi sebahagian dari jentera
Tertera, tercungkil semua keburukan lawan
Campur fakta, campur auta minda rakyat tertawan
Siapa cuba lawan, siap-siap sedia
Beberapa kemungkinan diri boleh terkena
Pertama, pembunuhan karakter oleh media
Sebab diorang kawal apa kita pandang dan dengar
Orang baik sekelip mata boleh nampak jahat
Sisi terang terkambus, sisi gelap terpahat
Kedua, dialihkan isu ke sudut lain
Diperlihatkan perkara yang langsung tak penting
Dikencing semua orang sampai semua percaya
Kutuk rasuah dinampakkan macam kutuk agama
Harap sebelum penjelasan masuk rangkap baru
Takde orang kat sana datang kesini tangkap aku

(RyFa)
Ini kisah bila politikus merencanakan
Kehidupan orang awam yang cuba dia arahkan
Beza pandangan kini jadi kekangan
Mesti pilih pilihan yang berkepentingan
Sampai bila informasi dihujung jari
Masih ada cubaan nak mendoktrinasi
Keadilan kebebasan bila tak serangkap
Dua penyataan ungkapan mudah diungkap
Tapi realitinya marhain dipermain
Dikotak-katik, kita tak untung sesen
Aku utusan, kau berita harian
Hari-hari muka depan kau jadi tumpuan
Berita sensasi lubuk kontroversi
Bila kau kata A belit berita jadi B
Hakikat jika lain fikrah, lain harakah
Berita mula berat jadi senget sebelah
Entah aku tak tahu, nak pilih mana satu
Berita itu ini, surat khabar yang laku
Jadi bualan kedai kopi sehari-hari
Salahkan aib orang cuba digali-gali
Cuba pasungkan pemikiran dari bercambah
Nak pangkah aku? Huh, boleh blah

(alFaisal)
Aku tak kisah kalau korang nak bias ke
Korang nak cenderung pada mana-mana pihak yang korang nak
Setiap orang punya hak tu
Tapi jangan sampai engkau halang orang lain untuk cenderung
Untuk bias kepada pihak yang diorang nak
Mana keadilannya?
Mana keadilan?
Samalah macam kau ajak lawan kau masuk kegelanggang
Engkau bersenjatakan parang dengan pedang
Tapi pihak lawan kau cuma bersenjatakan pencungkil gigi
Itu pun diikat tangan dengan kaki
Ini ke keadilan?
Kalau ini keadilan kau pada lawan kau
Aku tak boleh bayangkan macam mana keadilan kau pada rakyat macam kitorang
Aku taknak bangunan besar, aku taknak dengan keamanan kosmetik
Aku taknak semua tu, aku taknak dinampak macam binatang peliharaan
Yang aku nak cuma keadilan, cuma keadilan

Ni pulak lagu Jom Jadi Jenin:


Disebabkan aku ni jenis malas nak follow perkembangan terbaru depa ni, kalau korang rajin, korang bolehlah usha2 depa punya network sosial:
facebook: https://www.facebook.com/542music

No comments:

Post a Comment