Thursday, July 26, 2012

Bila mimpi ngeri jadi kenyataan...


At last, perkara yang aku risaukan dah pun terjadi... Favorite things aku telah menjadi mangsa ketidakprihatinan pihak2 tertentu... Aku frust giler... Dan baru hari ni aku berkesempatan nak "memuntahkan" isi hati aku...




Perkara pertama aku nak cerita pasal favorite magazine aku-UTOPIA... Maybe korang pun akan rasa mual bila aku duk ulang2 benda yg sama... Well, apa boleh buat... Aku sememangnya kipas-susah-mati magazine ni... Memang aku akan kenang pemergian magazine ni dari dunia cetakan sampai bila2... Keputusan dorang utk tampil lebih berteknologi (online) sememangnya keputusan yang susah aku nak terima... Aku imagine dorang akan maintainkan momentum karya dorang, tapi apa yang berlaku sebaliknya... Website dorang tersangatlah lemau dgn info2 yang jarang2 diupdate... Tak tahulah sekarang wujud lagi ke tak website tu...

Sebagai seorang follower/kipas-susah-mati magazine UTOPIA yang setia selama hampir 8 thn ni, aku nak bagitahu yang aku tersangatlah kecewa dengan apa yang belaku... Well, maybe dorang ada alasan tersendiri kenapa dorang mesti menghentikan cetakan magazine UTOPIA ni...Apa yang lagi mengecewakan magazine GEMPAK, APO, UJANG, G3 & lain2 magazine mmg tak boleh nak gantikan UTOPIA... Adios, UTOPIA...


Perkara kedua pulak aku nak sentuh pasal XFM-my favorite radio ever... Start daripada beberapa minggu lepas, XFM telah pun lenyap dari industri radio FM & kini secara rasminya XFM telah menjadi radio online 100%... Aku kecewa sgt dowh... Kenapa mesti XFM??? Kenapa AMP Radio & pihak2 tertentu cuba nak tutup XFM instead cuba nak kukuhkan kedudukan XFM sebagai pembela musician Malaysia...  Ke sebab XFM tak boleh nak tarik berjuta2 peminat mcm radio2 lain???

Hello, come onlah... of courselah XFM "susah" nak jadi segah radio2 lain... objektif & target listener pun berbeza... So, kalau nak dibandingkan memang tak padan... Lagipun, XFM tu "makin sakit" bukan sebab XFM tu sendiri, tapi ada pihak lain yang telah cuba "bunuh" XFM perlahan2... Semuanya bermula bila DJ XFM seorang demi seorang ditarik ke stesen radio lain... Cerita penuh kat sini...


XFM tu ada kelompok listener yang tersendiri... Janganlah buli kitorang... Aku harap AMP Radio & pihak2 tertentu boleh pertimbangkan utk kembalikan XFM ke radio FM... Tolonglah dengar suara listener XFM yang dahagakan bunyian2 musician Malaysia yang terbaik dari ladang ni...

Sebelum aku start mengarut2 sampai keluar topik, aku rasa beter aku stop... Akhir kata, all the best utk UTOPIA & XFM...



Wednesday, June 13, 2012

JIWA KACAU DI KALA MUSIM EXAM...


Dikala tiada teman untuk meluah perasaan, aku hanya mampu bermonolog sendirian... Aku dilanda perasaan yang sungguh tidak menyenangkan... Nak kata kecewa [tidak], nak kata cemburu [tidak], nak kata down [tidak]... Perasaan ni timbul semenjak result mid exam keluar...

Kitorang pergi kelas sama-sama, ponteng kelas sama-sama, buat assignment sama-sama, buat tutorial sama-sama, tapi masih ada yang memisahkan/membezakan aku & dia... Even, kitorang buat aktiviti/benda yang sama, tapi dia tetap akan mendahului aku dalam semua subjek...


Timkai???

Bukan aku tak tahu, dia memang cerdik & aku akui... Result exam, pointer, markah assignment, markah kuiz & semuanya - dia berada di atas aku... Tapi, aku sebenarnya bukan nak mempertikaikan/memperkatakan tentang si dia ni... Aku redha sebab aku tahu dia memang lebih cerdik daripada aku... 

Apa yang aku nak kongsikan kat sini ialah pasal perasaan aku sekarang ni...

Your friend fails, you feel bad
Your friend tops, you feel worse

Itulah yang aku rasa sekarang ni... Semua orang ada perasaan macam ni... Perasaan ni dah menghantui aku sejak beberapa bulan kebelakangan ni... Seksa wo... I feel worse...

Study smart, bukan study hard...

So, apa yang aku buat untuk atasi prob ni... Aku cuba untuk berfikiran positif, study dengan lebih semart lagi & kuatkan mental aku untuk terima kenyataan yang aku ni pemalas & taklah pandai sangat [biasa-biasa je]... Aku akan berusaha supaya result final aku better [walaupun agak mustahil untuk dicapai]...

Walaupun mulut kita mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dengan senyuman, tapi sebenarnya, hati kita kecewa dengan diri sendiri & tertanya-tanya - kenapa kita tidak boleh jadi sepertinya...

Hmmmm.........

  

Wednesday, June 6, 2012

PEREMPUAN OH PEREMPUAN...


Dalam tengah mood exam ni, aku teringin nak menyuarakan sesuatu... Sesuatu yang dah lama sangat aku nak kongsikan... Untuk entry kali ni aku nak berkongsi pendapat pasal perempuan...

Semua orang tau yang perempuan ni makhluk Tuhan yang complicated & susah nak difahami... Aku sebagai perempuan pun kekadang confuse dengan diri sendiri... Aku nak kongsi topik yang teramatlah sangat sinonim dengan perempuan iaitu cantik...



Semua perempuan suka cantik & susah nak jumpa perempuan yang tak suka cantik... Sekarang ni kita boleh tengok yang perempuan sanggup lakukan apa saja untuk cantik... Pakai susuk, cucuk botox, cucuk vitamin, plastic surgery & kekadang tu benda yang tak masuk akal...

Suatu hari tu aku pernah terfikir, "kenapa perempuan suka cantik???"... Dan jawapannya tersangatlah simple - perempuan sukakan pujian & untuk tarik perhatian lelaki... Sudah menjadi lumrah yang perempuan suka lelaki & sebaliknya... So, untuk tarik perhatian lelaki, perempuan kenalah cantik... Perempuan jugak sukakan pujian [pujian tak ikhlas belakang cerita]...




Perempuan zaman sekarang majoritinya pentingkan make-up, eye-liner, maskara, lipstik/lipbum/lipice, contact lens, perfume, blusher dll... Kekadang tu bersolek muka je nak sampai 1/2 jam...

FYI, aku perempuan berkecuali... Aku memang tak pandai nak melawa especially make-up... Bagi aku simple is better... Tapi aku tetap menitikberatkan istilah "cantik" bila aku berpakaian... Istilah "cantik" ni memang tak boleh diabaikan...

Oleh sebab itu aku sangat respect dengan perempuan yang just pakai apa yang dia rasa selesa & tak pernah fikir apa pandangan orang kat dia a.k.a slumber punya orang... Susah nak jumpa perempuan macam tu, kan???

Kat UUM ni aku ada perasan 2,3,4,5 orang perempuan yang simple & slumber giler dressing [even pergi kelas]... Aku kagum dengan dorang... Aku berharap sangat yang aku mampu untuk jadi macam dorang... Tak adalah serabut kepala nak fikir pasal "cantik"... Natural beauty kan lagi cantik???


GAMBAR HIASAN






Sunday, May 6, 2012

QARIN - KEMBAR MANUSIA...


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan Qarin sebagai "kembar" kepada manusia. Setiap manusia yang dilahirkan mempinyai Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma Qarin Rasulullah s.a.w. adalah muslim, manakala yang lainnya adalah kafir.

Secara umumnya, kerja Qarin yang kafir ini ialah mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was. melalaikan solat, berat untuk membaca Al-Quran dll. Malah Qarin berusaha kuat untuk menghalang dampingannya membuat ibadat dan kebaikan.

Bagi mengimbangi peranan Qarin ini, Allah telah mengutuskan malaikat yang membisikkan hal-hal kebenaran & mengajak membuat kebaikan. Oleh itu, terpulanglah kepada manusia membuat pilihan sama ada mahu mengikut bisikan Qarin atau malaikat. Walau bagaimanapun, orang muslim mampu untuk menguasai & mempengaruhi Qarinnya sehingga ia lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, kerap berzikir, kerap membaca Al-Quran & taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR...

[copy & paste]

Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0 (28 APRIL 2012)




28 April 2012, Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia telah beramai-ramai membanjiri kota KL untuk menyertai Perhimpunan Bersih 3.0... Perhimpunan ni telah mendapat liputan yang luas sama ada dalam negera & luar negara... Popular sekejap Malaysia...

Aku malas nak cerita pasal perhimpunan ni secara panjang lebar sebab semua tu kita boleh baca kat paper atau dekat internet... Lagi pun, bukannya aku join pun  perhimpunan BERSIH 3.0 tu... So, aku tak naklah cerita benda yang aku tak tau...

Apa yang aku nak cerita ialah lebih kepada ulasan atau pendapat aku secara peribadi apa yang berlaku masa Perhimpunan BERSIH 3.0 tu...

1- PROVOKASI - Time mula-mula aku baca berita pasal kekecohan yang berlaku kat Perhimpunan BERSIH 3.0 tu aku agak terkejut beruk... Sebab para peserta Perhimpunan BERSIH 3.0 dah start berkumpul sejak malam 27 April 2012... Kalau ikut logik la kan, kalau dorang datang Perhimpunan BERSIH 3.0 tu sebab nak buat kecoh, dah lama dorang buat... Kalau bukan malam pun, pagi-pagi 28 April 2012 tu pun sepatutnya dah kecoh...
Kebanyakan video-video semasa perarakan (pagi - petang) yang diupload pun tak menunjukkan suasana yang tegang... Dorang just berarak sambil melaungkan reformasi... Then, tiba-tiba suasana jadi tegang dan berlakulah pergelutan, adegan kejar-mengejar, pukul-memukul, jeritan sana sini....
Mesti ada punca disebalik kekecohan yang berlaku... Tapi, siapa & apa yang menjadi puncanya???

2- ADEGAN PUKUL MEMUKUL - Aksi 18SG lebih menjurus kepada antara polis & peserta... Ada jugak aku tengok video peserta pukul polis, tapi tak banyak... Sama ada video tu tak diupload @ memang tak banyak...
Aku sedih & pilu bila tengok video polis pukul peserta beramai-ramai... Bukan 1-on-1 tapi, 1-on-10... Aku tertanya-tanya dan mempertikaikan tindakan polis pukul peserta sedemikian rupa... Lepas tu, pukul bukan pakai tangan kosong (pakai kayu kut)... Nak cerita memang speechless...
Banyak tindakan polis yang boleh dipertikaikan... Contohnya, kenapa mesti polis nak rampas kamera wartawan??? Ianya masih menjadi tanda tanya...









3- SEMBURAN & TEMBAKAN - Nampaknya apa yang berlaku masa Perhimpunan BERSIH 2.0 langsung tidak memberi kudis kepada dorang... Hasil pembacaan aku, FRU telah membuat semburan water cannon & gas pemedih mata diluar lingkungan kawasan & bukan pada masa yang sepatutnya... Aku pun lupa kat mana tapi, bukan dekat area Dataran Merdeka (kawasan yang tak dibenarkan masuk) & masa tu pun dikatakan perhimpunan BERSIH 3.0 sudah pun bersurai...
Aku pun malas nak komen lebih-lebih sebab aku tak ada kat sana... Manalah tau sumber yang aku baca tu just reka cerita ke... Kalau betul apa yang dikata, maka apa yang berlaku tak sepatutnya berlaku...

4- KEMALANGAN - Kecoh bila dikatakan polis telah melanggar peserta perhimpunan... Aku ingat tu just gossip liar... Rupa-rupanya kisah benar... Dikatakan beberapa peserta telah mengalami kecederaan... Polis tu pula hendak dibelasah oleh peserta yang lain & turut cedera... Paling kesian kat kereta tulah... Proton Waja polis tu habis remuk... Dalam kes ni aku tak taulah nak salahkan siapa... Kita dengar apa kata saksi & nilaikan sendiri...




5- SATU MALAYSIA - Masa perhimpunan BERSIH 3.0 ni kita boleh tengok the real SATU MALYSIA... Masa perhimpunan tu kita boleh tengok semua peserta tanpa mengira kaum bersama-sama berarak... Nampak harmoni je... Masa kekecohan tu berlaku pun, dorang saling menolong antara satu sama lain... Sejuk sikit mata memandang... Dorang juga mempunyai keinginan yang sama - pilihan raya umum yang bersih...

Mungkin aku dilihat agak cenderung ke arah pembangkang, tapi aku cuba untuk tidak berpihak kepada sesiapa... Jadi, aku boleh buat penilaian & pemerhatian yang adil... Bukannya aku tak suka dengan goverment, tapi sekarang ni pun lebih banyak cerita buruk daripada baik yang keluar pasal pemerintah sekarang... Semua ni telah menggugat kepercayaan & keyakinan aku...

Terus-terang aku cakap, aku suka baca blog-blog pro-pembangkang daripada pro-kerajaan... Sebab blog pro-gov ni lebih suka mencaci dan membuat kesimpulan tanpa ada bukti & fakta... Blog pro-pembangkang pulak lebih cenderung untuk menggunakan tatabahasa BM yang betul dan ulasan dorang jugak diperkuatkan dengan bukti & fakta (tapi, tak tahulah kalau Bukti & fakta tu palsu @ hanya rekaan).... INI CUMA PENDAPAT AKU...

Aku nak akhiri entry kali ni dengan link-link blog & website yang menjadi pilihan aku untuk dapatkan info-info terkini pasal politik kat Malaysia... 







Artikel menarik hati :



Artikel terbaik setakat ni :








Video Pilihan :






P/S : Berada dalam tampuk pemerintahan yang terlalu lama kadang-kadang akan menyebabkan pemerintah tu menjadi angkuh & takbur... Peace!!!



Sunday, April 29, 2012

TAZKIRAH HARI INI...


Daripada abu hurairah r..a, nabi muhammad s.a.w bersabda :


"seorang wanita janganlah berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri hasil usaha suaminya tanpa perintah suami, pahalanya satu per dua bagi suami."
                              (riwayat muslim)


huraian hadis :

1- haram ke atas isteri mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suaminya, kecuali jika suaminya tiada bersama kerana pergi ke luar negeri, maka ia boleh mengerjakan puasa sunat dan tidak memerlukan izin suaminya.

2- hak suami adalah satu perkara wajib dan tidak boleh dicuaikan kerana melakukan sesuatu yang sunat.


pendapat peribadi :

islam ingin menunjukkan tanggungjawab sebenar sebagai seorang isteri ialah melayan suaminya dan menjaga maruah suaminya.

mencari nafkah dan rezeki tu merupakan tanggungjawab suami. so, kalau ikutkan isteri hanya stay kat rumah dan layan suaminya sebaik mungkin.

tapi, berdasarkan keadaan sekarang kebanyakan isteri sekarang berkerjaya. dan ramai juga suami yang jadi mr,. mama.

kenapa wanita berkeluarga sekarang perlu kerjaya???
- untuk membantu suami dalam perbelanjaan seharian. kos hidup sekarang tinggi, so, kalau nak harap gaji suami memang tak cukup... melainkan suami tu a*** p******... nak buat belanja sendiri pun ngam-ngam je... belum kira belanja anak-anak lagi... parah...

- sebagai back up untuk diri sendiri... manalah tahu, jodoh tak panjang... at lease, wanita tu ada juga sumber kewangan untuk sara diri dia...

isteri perlu minta keizinan suami untuk bawa orang masuk rumah supaya tidak akan mendatangkan fitnah kepada si suami isteri... manalah tahu si isteri ada projek sampingan kat belakang suami... sebab tulah suami perlu tahu siapa yang diajak masuk ke rumah...

p/s : sekarang ni susah nak cari suami dan isteri yang mithali...





 

Thursday, April 26, 2012

WHATEVER...



Tak ada mood nak study

Tak ada mood nak buat assignment

Tak ada mood nak buat tutorial

Tak ada mood nak berfikir

Tak ada mood nak buka mata

Tak ada mood nak ........................


* manusia memang kuat merungut

* manusia hanya mengharapkan kenikmatan

* manusia malas berusaha

* manusia cepat putus asa dengan dugaan hidup

# mood = blur #


 














MOOD TERKINI