Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0 (28 APRIL 2012)




28 April 2012, Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia telah beramai-ramai membanjiri kota KL untuk menyertai Perhimpunan Bersih 3.0... Perhimpunan ni telah mendapat liputan yang luas sama ada dalam negera & luar negara... Popular sekejap Malaysia...

Aku malas nak cerita pasal perhimpunan ni secara panjang lebar sebab semua tu kita boleh baca kat paper atau dekat internet... Lagi pun, bukannya aku join pun  perhimpunan BERSIH 3.0 tu... So, aku tak naklah cerita benda yang aku tak tau...

Apa yang aku nak cerita ialah lebih kepada ulasan atau pendapat aku secara peribadi apa yang berlaku masa Perhimpunan BERSIH 3.0 tu...

1- PROVOKASI - Time mula-mula aku baca berita pasal kekecohan yang berlaku kat Perhimpunan BERSIH 3.0 tu aku agak terkejut beruk... Sebab para peserta Perhimpunan BERSIH 3.0 dah start berkumpul sejak malam 27 April 2012... Kalau ikut logik la kan, kalau dorang datang Perhimpunan BERSIH 3.0 tu sebab nak buat kecoh, dah lama dorang buat... Kalau bukan malam pun, pagi-pagi 28 April 2012 tu pun sepatutnya dah kecoh...
Kebanyakan video-video semasa perarakan (pagi - petang) yang diupload pun tak menunjukkan suasana yang tegang... Dorang just berarak sambil melaungkan reformasi... Then, tiba-tiba suasana jadi tegang dan berlakulah pergelutan, adegan kejar-mengejar, pukul-memukul, jeritan sana sini....
Mesti ada punca disebalik kekecohan yang berlaku... Tapi, siapa & apa yang menjadi puncanya???

2- ADEGAN PUKUL MEMUKUL - Aksi 18SG lebih menjurus kepada antara polis & peserta... Ada jugak aku tengok video peserta pukul polis, tapi tak banyak... Sama ada video tu tak diupload @ memang tak banyak...
Aku sedih & pilu bila tengok video polis pukul peserta beramai-ramai... Bukan 1-on-1 tapi, 1-on-10... Aku tertanya-tanya dan mempertikaikan tindakan polis pukul peserta sedemikian rupa... Lepas tu, pukul bukan pakai tangan kosong (pakai kayu kut)... Nak cerita memang speechless...
Banyak tindakan polis yang boleh dipertikaikan... Contohnya, kenapa mesti polis nak rampas kamera wartawan??? Ianya masih menjadi tanda tanya...









3- SEMBURAN & TEMBAKAN - Nampaknya apa yang berlaku masa Perhimpunan BERSIH 2.0 langsung tidak memberi kudis kepada dorang... Hasil pembacaan aku, FRU telah membuat semburan water cannon & gas pemedih mata diluar lingkungan kawasan & bukan pada masa yang sepatutnya... Aku pun lupa kat mana tapi, bukan dekat area Dataran Merdeka (kawasan yang tak dibenarkan masuk) & masa tu pun dikatakan perhimpunan BERSIH 3.0 sudah pun bersurai...
Aku pun malas nak komen lebih-lebih sebab aku tak ada kat sana... Manalah tau sumber yang aku baca tu just reka cerita ke... Kalau betul apa yang dikata, maka apa yang berlaku tak sepatutnya berlaku...

4- KEMALANGAN - Kecoh bila dikatakan polis telah melanggar peserta perhimpunan... Aku ingat tu just gossip liar... Rupa-rupanya kisah benar... Dikatakan beberapa peserta telah mengalami kecederaan... Polis tu pula hendak dibelasah oleh peserta yang lain & turut cedera... Paling kesian kat kereta tulah... Proton Waja polis tu habis remuk... Dalam kes ni aku tak taulah nak salahkan siapa... Kita dengar apa kata saksi & nilaikan sendiri...




5- SATU MALAYSIA - Masa perhimpunan BERSIH 3.0 ni kita boleh tengok the real SATU MALYSIA... Masa perhimpunan tu kita boleh tengok semua peserta tanpa mengira kaum bersama-sama berarak... Nampak harmoni je... Masa kekecohan tu berlaku pun, dorang saling menolong antara satu sama lain... Sejuk sikit mata memandang... Dorang juga mempunyai keinginan yang sama - pilihan raya umum yang bersih...

Mungkin aku dilihat agak cenderung ke arah pembangkang, tapi aku cuba untuk tidak berpihak kepada sesiapa... Jadi, aku boleh buat penilaian & pemerhatian yang adil... Bukannya aku tak suka dengan goverment, tapi sekarang ni pun lebih banyak cerita buruk daripada baik yang keluar pasal pemerintah sekarang... Semua ni telah menggugat kepercayaan & keyakinan aku...

Terus-terang aku cakap, aku suka baca blog-blog pro-pembangkang daripada pro-kerajaan... Sebab blog pro-gov ni lebih suka mencaci dan membuat kesimpulan tanpa ada bukti & fakta... Blog pro-pembangkang pulak lebih cenderung untuk menggunakan tatabahasa BM yang betul dan ulasan dorang jugak diperkuatkan dengan bukti & fakta (tapi, tak tahulah kalau Bukti & fakta tu palsu @ hanya rekaan).... INI CUMA PENDAPAT AKU...

Aku nak akhiri entry kali ni dengan link-link blog & website yang menjadi pilihan aku untuk dapatkan info-info terkini pasal politik kat Malaysia... 







Artikel menarik hati :



Artikel terbaik setakat ni :








Video Pilihan :






P/S : Berada dalam tampuk pemerintahan yang terlalu lama kadang-kadang akan menyebabkan pemerintah tu menjadi angkuh & takbur... Peace!!!



Sunday, April 29, 2012

TAZKIRAH HARI INI...


Daripada abu hurairah r..a, nabi muhammad s.a.w bersabda :


"seorang wanita janganlah berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri hasil usaha suaminya tanpa perintah suami, pahalanya satu per dua bagi suami."
                              (riwayat muslim)


huraian hadis :

1- haram ke atas isteri mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suaminya, kecuali jika suaminya tiada bersama kerana pergi ke luar negeri, maka ia boleh mengerjakan puasa sunat dan tidak memerlukan izin suaminya.

2- hak suami adalah satu perkara wajib dan tidak boleh dicuaikan kerana melakukan sesuatu yang sunat.


pendapat peribadi :

islam ingin menunjukkan tanggungjawab sebenar sebagai seorang isteri ialah melayan suaminya dan menjaga maruah suaminya.

mencari nafkah dan rezeki tu merupakan tanggungjawab suami. so, kalau ikutkan isteri hanya stay kat rumah dan layan suaminya sebaik mungkin.

tapi, berdasarkan keadaan sekarang kebanyakan isteri sekarang berkerjaya. dan ramai juga suami yang jadi mr,. mama.

kenapa wanita berkeluarga sekarang perlu kerjaya???
- untuk membantu suami dalam perbelanjaan seharian. kos hidup sekarang tinggi, so, kalau nak harap gaji suami memang tak cukup... melainkan suami tu a*** p******... nak buat belanja sendiri pun ngam-ngam je... belum kira belanja anak-anak lagi... parah...

- sebagai back up untuk diri sendiri... manalah tahu, jodoh tak panjang... at lease, wanita tu ada juga sumber kewangan untuk sara diri dia...

isteri perlu minta keizinan suami untuk bawa orang masuk rumah supaya tidak akan mendatangkan fitnah kepada si suami isteri... manalah tahu si isteri ada projek sampingan kat belakang suami... sebab tulah suami perlu tahu siapa yang diajak masuk ke rumah...

p/s : sekarang ni susah nak cari suami dan isteri yang mithali...





 

Thursday, April 26, 2012

WHATEVER...



Tak ada mood nak study

Tak ada mood nak buat assignment

Tak ada mood nak buat tutorial

Tak ada mood nak berfikir

Tak ada mood nak buka mata

Tak ada mood nak ........................


* manusia memang kuat merungut

* manusia hanya mengharapkan kenikmatan

* manusia malas berusaha

* manusia cepat putus asa dengan dugaan hidup

# mood = blur #


 














MOOD TERKINI


  









Thursday, April 12, 2012

GEMPA BUMI 2012



Semalam kecoh satu Asia bila gempar bumi telah melanda bumi Acheh sekali lagi... Malaysia juga tak ketinggalan terkena tempiasnya... Kebanyakan negeri2 di pantai barat dan utara Malaysia boleh rasa gegaran...

Aku pun tak ketinggalan rasa gegaran tu kat Kedah ni... Masuk ni dah 2 kali aku dapat rasa earthquake ni... Experience pertama kali time dekat asrama kat Tanjung Karang... Time tu the worst gempar bumi + tsunami yang hentam Acheh...

So, masuk yang ni kali kedualah... Semalam aku dapat rasa 2x gegaran... Yang pertama sekitar pukul 4++ ptg & gegaran kedua sekitar pukul 6++ ptg... Gegaran tu berlaku lebih daripada seminit... Memang terasa...

Time gegaran tu aku perasan yang kerusi aku duduk ni bergoyang2... Disebabkan aku duduk sorang2, aku pun mulalah fikir bukan2... Aku ingat ada "orang" yang goyangkan kerusi aku ni... Aku cuba berlagak cool & buat tak tahu... (dalam hati dah cuak sebenarnya) Lama gaklah kerusi aku tu bergoyang sendiri...

Then, bila aku bukak FB, depa semua dah kecoh2 pasal gempa bumi kat Acheh... Kedengarannya agak teruk gempa bumi yang melanda kat Acheh tu... Amaran tsunami pun dikeluarkan termasuklah untuk Malaysia & negara2 lain...

Aku terkesima sekejap... Rupanya yang menggoncang kerusi aku tu gempa bumi... 2x kut gegaran tu... Kita boleh nampak kuasa Tuhan... Walaupun gempa bumi tu berlaku kat Acheh tapi, Kita yang dekat Malaysia pun boleh terasa... Cuba kita (rakyat Malaysia) imagine kalau Indonesia tak ada... Apa yang berlaku kat Acheh tulah yang akan berlaku kat malaysia...

Indonesia "pelindung" untuk Malaysia


Walaupun gegaran tu agak kuat, tsunami tidak melanda Acheh (Alhamdulillah)... Amaran2 tsunami kat Malaysia, Thailand & negara2 lain pun turut ditarik... Even, UUM ni jauh daripada laut, aku tetap cuak dowh... Takut pape jadi susah, aku dahlah stay sorang2 sekarang ni... Alhamdulillah, tak ada pape yang jadi...



Selepas Jepun, tsunami nyaris2 nak melanda Acheh... Banyak sudah amaran daripada Allah untuk hamba-Nya... So, sudah sampainya kita muhasabah diri kita sebelum terlambat...

Semoga saudara2 kita di Acheh selamat hendaknya...


Ehsan KBBUTV3