Wednesday, September 4, 2013

5forty2 - Cakap Guna Otak



(Intro)
Tutur jangan lajak laju lebih dari otak
Lidah bersilat berbelit-belit jadi bongkak

(DMent)
Sikap suka cakap lepas penyebab muka rosak
Jangan sekali lupa guna otak bila mula borak
(G)
Air liur engkau tembak dahla busuk, kosong pulak
Sembang kencang berlagak, isi terpesong haprak
Bila orang cerita kau sibuk nak mencelah
Menyampuk macam hantu teruk dari Kak Limah
(Orfeus)
Menceceh memercik lebat cakap-cakap main lepas
Kata-kata makan tuan yang bergebang deras
Mulut macam Evo, otak basikal cabuk
Akal engkau tido tapi lidah kekal mengarut
(G)
Termasuk janji-janji manis engkau bagi
Ape pun tak jadi, banyak dosa tapau lagi
(Orfeus)
Ayat kencang tak nak kalah bila bukak cerita
Mulut longkang tak tersumbat boleh bikin derita
(DMent)
Takde kemajuan, dari sembang topik kolot
Cukup bukak kemaluan baik kau tutup mulut

(Chorus)
Tutur jangan lajak laju lebih dari otak, Cakap Guna Otak, Cakap Guna Otak
Lidah bersilat berbelit-belit jadi bongkak, Cakap Guna Otak, Cakap Guna Otak

(Phonic)
Akal dan pelajaran dibelakangkan
Kebelakangan sampai kejahilan didepan
Hujah ditujah tanpa usul periksa
Bila terbongkar kebodohan malu tak terkata
(RyFa)
Peribahasa perahu lajak boleh diundur
Lidah bercabang nanti bawa ke liang kubur
Pilihlah dua kata yang baik atau diam
Ucaplah yang baik atau lebih baik diam
(Recordnice)
Jangan jadi bengap, fikir dulu sebelum cakap
Takut nanti terperangkap, baru kau tergagap-gagap
(Phonic)
Jadi lembab otak sembab,semua orang kau maki
Melepas sedas ayat keras kau dicaci
(RyFa)
Lisan tak dihalang sebab lidah tak bertulang
Bicaralah kau umpama otak takde ruang
(G)
Sini bukan tempat untuk budak cerita lebat
Sementara sempat, baik balik pegi taubat

(Chorus)
Tutur jangan lajak laju lebih dari otak, Cakap Guna Otak, Cakap Guna Otak
Lidah bersilat berbelit-belit jadi bongkak, Cakap Guna Otak, Cakap Guna Otak

(Orfeus)
Jaga mulut jangan biar ayat-ayat bodoh terbang
Nampak dungu bersarang otak tinggal belakang
(DMent)
Sembang-sembang, ni bukan cerita kedai kopi
Gebang-gebang, kiamat baru reti cakap sorry
(Orfeus)
Sebab mulut badan binasa
Bila tutur mengarut seakan biasa
(DMent)
Nak buat cemana, konon akal disorokkan
Kebodohan jadi pasangan tak sengaja dijodohkan
(RyFa)
Pinang belah dua isinya kata nista
Hati budi lihat pada tutur katanya
(Phonic)
Kalau mulut dan kata seraya penuh celaka
Disebabkan mulut der, hati terasa
(RyFa)
Cakap dulu baru fikir tak teragak-agak
Setan dengar pun lawak gelak terbahak-bahak
(Phonic)
Iblis tersenyum cara kau cakap bajet dajal
Orang ketawa sebab jelas kau nye pendek akal

(Chorus)
Tutur jangan lajak laju lebih dari otak, Cakap Guna Otak, Cakap Guna Otak
Lidah bersilat berbelit-belit jadi bongkak, Cakap Guna Otak, Cakap Guna Otak

(Outro)

Cakap Guna Otak, Cakap Guna Otak

No comments:

Post a Comment