(Phonic)
Siapa sangka duk atas leh jatuh tiba-tiba
Tapi tulah jadi kat diri, aku nak cerita
Sedang seronok enjoy tak peduli apa-apa
Sekali datang musibah yang tak diduga
Pedih terasa, hati macam tersiksa
Mencari erti, supaya diri mengerti segala
Kesimpulan tersirat atas apa yang terjadi
Ni ke petunjuk yang ditunjukkan dari
ilahi?
Wujud macam macam lagi persoalan
Rupanya aku lupa dah wat banyak kesilapan
Tapi nape sekarang bukan dari dulu
Mungkin ke tuhan dah banyak bagi muka kat
aku?
Keliru, nak jumpa kawan-kawan pun malu
Tersenyum, tapi dalam hati siapa tau?
Pengalaman bagi aku pengajaran
Ulangi kesilapan adalah kesilapan
Aku sedar ni suma dah diaturkan
Dan mulalah mulut keluarkan ungkapan
(Chorus)
Kebaikan macam mana yang harus kita
lakukan?
Kebaikan macam mana yang harus kita
jalankan?
(DMent)
"Oh tuhan, ampunkan semua
kesilapan"
Ucapan biasa yang sering dikatakan
Tapi banyak yang lupa, biar diri hanyut
Ulang dan ulang yang buruk masih diikut
Jadi hari-hari, boleh jadi keluarga
sendiri
Korang mesti merasai, pasti pernah lalui
Bila tuhan tarik nikmat, baru dapat
kesedaran
Baru nak ingat, tapi dah putus harapan
Nanti dulu, teruskan berjalan berdepan
rintangan
Jangan berhenti bila penyesalan menyerang
perasaan
Saranan mengelirukan, lepas buat
kesalahan
Jangan risau ada jalan penyelesaian
Kesalahan satu fitrah benda yang lumrah
Pagi takkan selalu gelap pasti akan cerah
Jalanan berliku tak mungkin semua indah
Namun yang dah lepas, biarkan jadi
sejarah
Yang penting insafi terus pandang ke
depan
Muhasabah diri, yang lain serah pada
tuhan
(Chorus)
Kebaikan macam mana yang harus kita
lakukan?
Kebaikan macam mana yang harus kita
jalankan?
(NaraMerah)
Kalau aku dapat putarkan segala waktu
Pasti aku akan kembali ke masa lalu
Kalau aku dapat padamkan dosa-dosaku
Pasti aku takkan ulangi kealpaanku
Inilah realiti kini yang aku hadapi
Bercelaru terkeliru dugaan duniawi
Yang pasti, setiap ketelanjuran mula aku
kesali
Malu menghadap tuhan selepas peluang
berkali
Kali ini ku yakin, cabaran tak berhenti
Disogok usia remaja hanya datang sekali
Tapi lupa semua itu bersifat sementara
Ada lagi yang abadi tunggu kat atas sana
Tenung-tenung balik orang disekeliling
kita
Menyeru kebaikan tu tanggungjawab bersama
Sedarlah fitnah konspirasi melanda dunia
Mana benteng diri benteng iman bila
ditanya
Dua jalan terbentang, pilihlah satu saja
Setapak melangkah tiada lagi peluang
kedua
(Chorus)
Kebaikan macam mana yang harus kita
lakukan?
Kebaikan macam mana yang harus kita
jalankan?
No comments:
Post a Comment