Wednesday, September 4, 2013

5forty2 - Ushahidu (Budak Zaman Sekarang)




Mari dengar cerita budak-budak zaman sekarang

Mari dengar cerita budak-budak zaman sekarang
Ada pakai jubah, ada yang separuh terlanjang
Ada macam-macam, kulit putih tukar hitam
Ikut suka hati, apa peduli halal haram
Masa kecil-kecil cita-cita jadi doktor
Bila besar jadi lupa, jadi player, jadi gangster
Apa kejadahnya, ayah kelu tak berkata
Mak garu kepala, masa depan huru hara
Orang bercinta dia pun gatal nak ikut
Bila maruah dah tergadai baru dada rasa semput
Ini kisah anak dara, belum yang lagi pemuda
Macam-macam ada, sampai tak tau camne nak mula
Sekolah belum habis dah lagak macam dewasa
Islam hanya pada nama, semua dia nak cuba
Boleh main cuba-cuba, boleh main raba-raba
Main sama-sama, bila kena sama rasa
Tepuk dada tanya selera, tanya iman, tanya diri
Tanya kaki, siapa bagi sampai kita boleh berdiri?
Aku cuma cerita apa yang aku nampak
Terpulanglah kat korang nak terima ke tak

Budak zaman sekarang perangai pelik
Orang kata buruk, dia pandang semua cantik
Tak serik, mana pergi rasa segan
Kalau tak kat orang, kurang-kurang pun kat Tuhan
Kuat manusia bergantung pada ilmu
Setakat tunjuk otai, takde orang respek kat lu
Memang begitu, dunia untuk orang bijak
Pandai-pandai hidup kalau tak nak kena pijak

Cuba-cuba usha, tengok-tengok sekeliling
Bukan tengok dinding, tapi minah senget mata juling (juling?)
Dia bukan buta cuma, buat-buat tak nampak
Dia rasa seronok jadi budak rosak akhlak (iskh3)
Harga diri murah jual badan kat lelaki
Macam balak dia confirm ambil dia buat bini
Sedarlah diri, sedarlah dari mimpi-mimpi
Apa? hari-hari kau memang gelap takde pagi?
Konon pakai seksi sebab laki suka tengok
Kalau lawa takpe, cuma lawa sikit dari MOMOK (uwek)
Pusingkan pandangan tengok pulak benda baru
Budak jadi player walau belum tumbuh bulu (bulu? apa benda tu?)
Khatan pun belum kering lagi dah pandai pulak cerita
Main sana main sini,tukar perempuan hari-hari
Bukan ke kau tu Muslim?
Nabi tak ajar kita tukar pompuan macam musim
Macam main game, boleh buat sesuka hati
Cuba fikir balik ke mana kite lepas mati
Tak payah kerek-kerek kita semua bukan hebat
Ingat atas sana ada kuasa lagi kuat

Jom tengok-tengok budak-budak dekat sini
Perangai pelik diorang tambah sikit dengan perangai gedik
Dengan jersi besar rantai pulak nak cecah lantai
Topi kasi senget pastu carut tunjuk otai
Pakai seluar besar, pandang badan macam lidi
Tepi angkat sikit tayang bulu kaki, tayang itu ini
Tunjuk semua perangai buruk, memang teruk bila orang mula lagak beruk
Buat apa sibuk-sibuk dengan trend masa kini
Sanggup pakai mahal walau gadai itu ini
Berhabis duit cuma sebab nak perhatian
Semua atas sebab nak diri diperhatikan
Inilah hakikat kita pentingkan luaran, anugerah Tuhan lebih sekadar ucapan

No comments:

Post a Comment