........................................................
........................................................
........................................................
Bila cerita cinta, semua kata cinta itu buta
Tapi kalau tengok balik, manusia yang bermata
Perasaan tak terduga, memang itu biasa
Macam mana kita kawal, itu diambil kira
Cinta yang paling cun bila kita jaga maruah
Bukan stok main bagi, habis semua atas bawah
Sama-sama rasa, suka sama suka
Layar lara dunia, warna warni cinta
Melakar mimpi menyuntik visi hakiki
Dengan kalimah azimat "ana uhibbuki" (arabic: saya suka
awak)
Ini benda biasa bagi yang tersimpul jiwa
Enak hanya bila cinta jadi naungan pencipta
Nak bercinta pun, biarlah smpai jinjang pelamin
Nak berangan pun, kenalah prepared bajet nak kahwin
I say, man.. setakat bising macam bunyi hon
Please, man.. buat camtu.. hehe.. TAK DAPAT JOHN!
Cinta itu pekak dan bisa memekakan.
Bergerak sama-sama, sampai nasihat tak makan.
Kita bercengkerama dibawah bulan purnama
Datang pegawai agama, habis angkut semua..
Time best bercinta, bulan bintang semua puji
Buruk nampak berseri, time gaduh maki-maki
Cinta kini bak fantasi pementasan dunia
Cinta bagai nak gila, kekalnya sampai bila
........................................................
........................................................
........................................................
No comments:
Post a Comment